RSS
Cinta yang disemadikan tak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi IMAN terselit di dada. .:Ryu Watanabe:.
Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan

11.11.11

Assalamualikum semua.. dh lama sy x update blog ni.. besa la, bwu nk adapt ngan suasana baru.. time sem 1 dulu, bwu nk kenal2 uitm perlis ni.. sem 2 terlalu bz ngan tugas JPK Nyatoh.. skrang bwu ada masa nk update.. berkenaan dgn tajuk (11.11.11), sebenarnya xde pape yg sy nk kongsikan.. hehehe.. tp, sejak lewat tgh mlm semalam, kt facebook ramai yg ckp pasal tarikh ni.. kononnya kombinasi yg menarik la.. bg sy, xde pape yg special berkenaan tarikh ni.. cuma pada tarikh ni, sy akan berangkat ke Sedim di Kulim Kedah utk menyertai Kem Pembantu Minggu Destini Siswa UiTM Perlis Sesi November 2011 - April 2012.. maka, secara rasminya sy telah dilantik sbg PMDS utk Minggu Destini Siswa kali ni.. selain itu, sy ingin berkongsi sedikit maklumat hasil pembacaan sy pada pg ni.. sy ada terbaca 1 post di fb (group Aku Benci Dedah Aurat di Facebook) berkenaan tarikh ni yg sy sendiri x dpt nk pastikan kesahihannya..


" Orang sibuk update pasal 11.11.11 kan ? read this ! dalam kitab satanic the holy is satan . Yg Mr St Wingston father satan bagi tahu yang 11.11.11 hari kebangkitan anak setan dan dajjal yang akan memerintah dunia dan orang akan memuja-muja pada hari keramat yg bratus tahun Wiliam satan tunggu-tunggukan . Sebenarnya orang tak akan tahu apakah makna tarikh tersebut malah pada hari Jumaat datangnya kami untuk menyesat semua agama islam , kristian dan buddha . Dan di mana nanti yahudi dan kami akan gembira kerana kebodohan manusia yang ada agama tapi tidak guna dengan betul . Sesungguhnya father of god satan akan terus menyesat anak-anak adam , St Mary and Crist Jesus . Maka kiamat akan muncul pada hari Jumaat dan tarikh ini bermakna untuk kami . Semperna keturunan kami 6.6.6, 9.9.9 dan 11.11.11"

Sejauh mana kebenarannya, wallahua'lam.. sy sndiri x dpt nk pastikannya.. cukupla sekadar kita x terlalu obses dengan tarikh ni.. ada lg 1 post dimana seorang pengguna FB bertanya kpd seorang penceramah bebas yg agak terkenal masa kini, Ustaz Azhar Idrus.. namanya terpaksa ditutup atas sebab2 tertentu..


jd, kita sbg umat Islam perlulah berwaspada dgn segala ancaman dr musuh2 Islam.. jgn hanya tahu mengikut secara melulu tanpa mengetahui kisahnya..



Salam Ingatan,
Ryu Watanabe


.: Ku rindukan sahabat sejati :.

Dialah sahabat..

Telah puas aku pandang dan perhati sifat dan sikap sahabatku ini. Namun belum pernah ku temui cacat celanya dari segi sikap mahu pun perbuatan. Semuanya nampak cantik seperti yang dituntut oleh agama. Malu itu memang pakaian peribadinya. Rendah diri itu perhiasan dirinya.Ilmu itu dihujung bibirnya. Kemewahan bukan kebanggaannya.Dia sangatlah serba sederhana namun nampak begitu sempurna dan bersesuaian dengannya walau di mana pun dia berada. Di majlis orang besar-besar dia tetap nampak sepadan. Di majlis orang miskin dia tidak nampak perlu dimuliakan. Manisnya akhlak dan kewibawaan dirinya. Dalam zuhud tidak pula dia sampai menghina diri dalam berpakaian dan kehidupan. Sedangkan yang aku tahu dia memang seorang yang teramat zuhud. Zuhud itu merupakan hatinya.

Seperti pesan Alqamah pada puteranya dalam mencari seorang sahabat :

1 )Jika engkau membuat bakti kepadanya , ia akan melindungimu.

2 )Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya , ia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3 )Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya , ia akan membantumu.

4 )Jika engkau hulurkan sesuatu kebaikan ia akan menerimanya dengan baik.

5 )Jika ia mendapat sesuatu kebaikan darimu , ia akan menghargai dan menyebutnya.

6 )Jika mendapati sesuatu yang tidak baik dari dirimu , dia akan menutupnya.

7 )Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya , ia akan mengusahakan.

8 )Jika engkau berdiam diri ( kerana malu hendak meminta) ia akan tanyakan padamu.

9 )Jika datang sesuatu bencana menimpamu , ia akan meringankan kesusahanmu.

10 )Jika engkau berkata padanya , nescaya ia akan membenarkanmu.

11 )Jika engkau merancang sesuatu , nescaya dia akan membantumu.

12 )Jika antaramu berselisih faham , dia rela mengalah demi kepentingan sebuah persahabatan.

Semua itu ada padanya. Bertuah sungguh aku mendapat sahabat sepertinya. Inilah sahabat sejati, sahabat yang aku berasa senang dengannya dalam urusan keduniaan dan mendapat faedah dalam hal-hal yang berkaitan dengan akhirat. Inilah sahabatku.

Melihat wajahnya mengingatkan aku sentiasa kepada Tuhan. Tidak pernah jemu bila berbicara dengannya kerana kata-katanya adalah ilmu yang dipraktikkan. Cahaya wajahnya terpancar setiap kali dia tersenyum sehingga aku tidak pernah jemu untuk menatapnya. Bahasanya lembut  tutur kata juga sopan.Tapi pertemuan kami hanyalah sekali sekala. Ini membuatkan aku sentiasa rindu padanya. Berdepan dengannya terasa sangat kekurangan pada diri ini. Kadang-kadang terasa seperti dia tahu gerak hatiku. Seperti dia kenal benar dengan peribadiku yang banyak berdosa ini.Malunya aku…………..

Sahabatku, sering aku berdoa meminta dan merayu agar ALLAH kekalkan sahabat sepertimu. Aku tidak bersedia untuk kehilanganmu. Hilangmu bererti aku kehilangan sesuatu yang sangat berharga. Sesuatu yang tidak dapat ditukar ganti walau dengan dunia ini sekali pun.

Saat bermusafir, kau ajar aku menerima hadiah dari ALLAH yang sangat bernilai iaitu solat jamak dan qasar. Dengan hadiah ini, kita ada lebih banyak masa untuk bermunajat kepada ALLAH. Kau tersimpuh sopan mengadap kiblat merintih dosamu agar diampunkan. Air mata keinsafan dan air mata taubat bercucuran membasahi sejadah mengesali nafsu-nafsu yang tidak terkendali. Air mata itulah kelak bakal menyiram api neraka yang siap siaga membakar manusia-manusia yang engkar kepada ALLAH. Sujudmu lama. Sujud seorang hamba hina dihadapan Tuhan yang maha besar dan maha berkuasa. Sujud merendahkan sayap-sayap kebinatangan dan kerakuasan hawa nafsu yang ada dalam jiwa. Jiwa yang tidak henti-henti berjihad menentang hawa nafsu dan sifat kebinatangan yang dihembus oleh syaitan.

Sujud yang melambangkan segenap zahir batin diserahkan sepenuhnya kepada ALLAH agar dibalas mengikut amalan yang setimpal. Dan berharap-harap dosa-dosa yang sengaja atau tidak itu mendapat keampunan. Diakhiri sujud itu dengan zikir. Zikir beralun perlahan memuja muji ALLAH yang esa disamping selawat keatas Rasul yang mulia. Hati yang berkarat hitam seumpama bontot kuali ini perlu dibersihkan. Titik-titik dosa yang setiap hari bertompok tebal dan semakin tebal perlu dikikis. Zikir itulah cuciannya. Setiapkali zikir dialun hilanglah satu titik yang menggelapkan hati. Hati perlu dibersihkan selalu dan kalau boleh setiap detik agar hati itu cepat putih, bersih dan kembali cemerlang.

Sahabat……..banyak yang aku pelajari darimu….

"Sungguh aku rindukan sahabat sejati, teman di kala susah & senang... Namun aku tak layak mengharap sahabat semulia etu... Kerana diri yang masih kekurangan, namun aku bersyukur bersama2 sahabat di sekelilingku.. Moga mereka menjadi asbab agar aku lebih mengingati-MU... Ku memohon pada-MU.. Ya Ilahi...(",) "

~ Sahabat maafkan diriku andai tak mampu menyenangkan hatimu, kerana aku hanyalah hamba Tuhan yang punya banyak kelemahan~

~Ryu Watanabe~

BLEH KLAU NAK BUAT DOSA......TRY BACA CERITA NI..........


Seorang lelaki datang kepada Ibrahim bin Adham lalu berkata: “Sesungguhnya aku adalah orang yang banyak melakukan perbuatan dosa, maka nasihatilah aku!

Ibrahim berkata: “Jika kamu mahu menerima lima perkara dariku dan kamu mampu melaksanakannya, maka perbuatan maksiat apa pun tidak akan mencelakakan kamu.”

Maka orang itu berkata: “Apakah itu? Ibrahim berkata: “Jika kamu ingin bermaksiat kepada Allah s.w.t maka janganlah makan daripada rezeki-Nya!”
Orang itu menjawab: “Jika begitu, dari mana aku makan kerana semua yang ada di bumi ini adalah pemberian-Nya? Ibrahim berkata: “Apakah patut kamu bermaksiat kepada Allah, sedangkan kamu memakan rezeki-Nya ?”

Orang itu menjawab: “Tidak, kemudian apa yang kedua?

Ibrahim berkata: “Jika kamu ingin bermaksiat kepada Allah s.w.t maka janganlah kamu tinggal di bumi-Nya!
Orang itu berkata: “Ini lebih besar dari yang pertama, di mana aku harus tinggal? Ibrahim berkata: “Apakah patut kamu bermaksiat kepada Allah, sedangkan kamu memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya ?”

Orang itu menjawab: “Tidak, kemudian apa yang ketiga?

Ibrahim berkata, “Jika kamu ingin bermaksiat kepada Allah s.w.t maka carilah tempat di mana Allah s.w.t tidak melihatmu!”
Orang itu berkata: “Ke mana aku harus pergi, sedangkan Allah mengetahui semua yang nampak dan tersembunyi?” Ibrahim berkata: “Apakah patut kamu bermaksiat kepada Allah, sedangkan kamu memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya serta Dia melihat apa yang kamu lakukan?

Orang itu menjawab: “Tidak, kemudian apa yang keempat?

Ibrahim berkata: “Jika malaikat maut datang untuk mengambil rohmu, maka mohonlah kepadanya: “Berilah aku waktu agar aku dapat bertaubat dan beramal soleh!
Orang itu berkata: “Permohonanku tidak akan dikabulkan dan mereka tidak akan menunda (kematianku). Ibrahim berkata: “Jika kamu tidak dapat menghindar daripada datangnya kematian agar dapat bertaubat dan beramal soleh maka kenapa kamu berbuat maksiat kepada-Nya?

Orang itu berkata: Lalu apa yang kelima?

Ibrahim berkata: “Jika di hari kiamat nanti, malaikat penjaga neraka datang untuk mengirimmu ke neraka, maka janganlah kamu menurutinya!
Orang itu berkata: “Mereka tidak akan melepaskanku dan tidak akan mengabulkan keinginanku.” Ibrahim berkata: “Jika demikian, bagaimana kamu berharap dapat selamat?
Orang itu pun berkata: “Cukuplah hal ini bagiku. Sungguh aku memohon ampun kepada Allah s.w.t dan bertaubat kepada-Nya.”


Percakapan di atas adalah sebuah dialog yang dapat menggugat hati kita yang semakin beku dan keras.
Nasihat ulama mulia itu membuktikan semua nikmat di dunia ini adalah anugerah kurniaan daripada Allah. Menyedari hakikat ini, adalah menjadi kewajipan untuk kita sentiasa bersyukur kepada Allah pada bila-bila masa, di mana dan dalam keadaan apa pun.

~Ryu Watanabe~

Kisah Penjual Tempe

Alkisahnya di sebuah desa di Jawa Tengah, ade sorang ibu yg kerjanya menjual tempe di pasar setiap hari. Pekerjaannya menjual tempe ini adalah merupakan satu2nya sumber pendapatannya utk menyara hidup.


Pada satu pagi, macam biasa, dia tgh bersiap2 nak pegi jual tempe. Tapi tetiba dia tersedar yg tempenya yg dibuat drpd kacang kedele (menurut bahasa Indonesia) hari tu masih belum menjadi iaitu baru separuh jadi. Dia pun berasa amatlah sedih sebab tempe yg masih belum menjadi pastinya tak laku dan ini bermaksud dia takkan dpt wang utk hari tu.

Tengah dia bersedih tu, tetiba dia teringat akan firman Tuhan yg menyatakan Tuhan dpt melakukan perkara2 ajaib kerana tiada yg mustahil bg Tuhan. Lalu dia pun mengangkat kedua tgnnya sambil berdoa “Ya Tuhan, aku mohon kepadaMu agar kedele ini menjadi tempe. Amin….” Begitulah doa singkatnya yg dipanjatkan dgn sepenuh hatinya. Dia sangat yakin yg Tuhan pasti mengabulkan doanya.

Lalu dgn tenang dia pun menekan2 bungkusan bakal tempe tuh dgn hujung jarinya dan dia pun bukak sikit bungkusan tu utk menyaksikan keajaiban kedele itu menjadi tempe. Tapi dia kaget seketika sebab kedele tu masih tetap kedele. Namun dia tak kecewa, sebaliknya dia fikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan.

Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Tuhan, aku tahu bahawa tiada yg mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dpt menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadilah ini tempe, Amin". Dengan penuh harapan dan debaran dia pun skali lagi bukak sikit bungkusan tu. Lalu apa yang terjadi????????...Dengan kaget dia melihat yg kacang kedele tersebut??????....masih tetap begitu !!!!!!!

Sementara tu hari pun semakin siang dan tentunya pasar dah semakin ramai org. Si ibu ni tetap tak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Bagaimanapun kerana keyakinannya yg sgt tinggi dia bercadang utk tetap pegi ke pasar membawa barang dagangannya tu. Dia berpikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi masa perjalanannya ke pasar. Lalu dia pun bersiap2 untuk berangkat ke pasar. Semua keperluannya untuk menjual tempe macam biasanya dah disiapkan.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah ini tempe. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tak lupa baca doa dalam hati.

Tak lama lepas tu dia pun sampailah di pasar. Dan macam biasanya dia pun ambik tempat untuk meletakkan barang dagangannya. Dia betul2 yakin yg tempenya sekarang mesti dah menjadi. Lalu dgn hati yg berdebar-debar dia pun bukak bakulnya dan menekan2 dgn jarinya setiap bungkusan yg ada. Pelan2 dia bukak sikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Lalu apa yang terjadi saudara-saudari??????????......tenyata tempenya benar-benar?????????????????....belum menjadi!!!!!!!!!

Si Ibu ni pun terkesima seketika, dia tarik nafas dalam-dalam. Dia sudah mula kecewa pada Tuhan kerana doanya tak dikabulkan. Dia merasa Tuhan tak adil. Tuhan tak kesian padanya sedangkan dia hidup cuma dgn hasil jualan tempe je. Seterusnya, dia cuma duduk diam tanpa mempamerkan barang dagangannya sebab dia tau yg mana ada org nak beli tempe yg baru separuh jadi tuh.

Sementara tuh hari pun semakin petang dan pasar dah mulai sepi dengan pembeli. Dia tengok member2 yg sesama penjual tempe, tempe mereka dah hampir habis nak dijual. Dia tertunduk lesu seperti tak sanggup menghadapi kenyataan hidupnya hari itu. Dia pun termenung dgn rasa yg teramat kecewa. Dia tau yg hari tu dia takkan dpt pendapatan langsung.

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Bu...?!

“Maaf ya bu, saya mau tanya. Apakah ibu ada menjual tempe yang belum jadi? Dari tadi saya sudah keliling pasar mencarinya tapi masih belum ketemu.”

Seketika si ibu tadi terkesima lagi. Dia kaget. Sebelum dia menjawab sapaan wanita kat depannya tu, dalam hati cepat2 dia berdoa "Ya Tuhan, saat ini aku tak mahu tempe lagi. Biarlah daganganku ini tetap seperti semula, Amin".

Tapi lepas tuh, dia masih tak berani lagi nak jawab kat wanita tuh. Dia fikir ntah2 mase dia tgh duduk2 termenung tadi, tempenya dah menjadi. Jadi masa tuh dia dalam keadaan ragu2 lagi nak jawab. Camane nih?” Dia pikir. “Kalo aku kata ya, jangan2 tempe ni dah jadi, sape tau mukjizat Tuhan?”

Lalu dia pun kembali berdoa dalam hatinya, "Ya, Tuhan, biarlah tempeku ini tak usah jadi tempe lagi. Dah ada org yg nak beli. Ya Tuhan tolonglah aku kali ini. Dengarlah doaku ini…” ucapnya berkali-kali.

Sebelum dia menjawab wanita itu, dia pun bukak sikit daun penutupnya. Lalu apa yang dilihatnya saudara-saudari????????????....Ternyata memang benar tempenya ?????????????.....belum jadi!!!!!!!!! Dia pun bersorak riang gumbira dalam hatinya. "Alhamdulillah", ucapnya.

Dipendekkan cite, wanita tu pun memborong habis semua tempenya yg belum menjadi tuh. Sebelum wanita tu pergi, si ibu nih sempat jugak tanya wanita tuh kenapa nak beli tempe yg belum jadi. Rupa2nya, wanita tuh kata yg anaknya di England kepingin tempe dari desa. Memandangkan tempenya tuh nak dikirimkan ke England, dia kenalah beli yg belum jadi lagi supaya bila sampai di England nanti dah menjadi. Kalau kirim tempe yg dah jadi, nanti di sana tempe tuh dah tak elok lagi dan rasanya pun dah kurang sedap.

Begitulah alkisahnyee…TAMAT…


Moral of the story….

1. Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yg terbaik utk kita.

2. Sentiasalah berdoa dlm menjalani kehidupan seharian kita sbg hambaNya yg lemah. Dan jgn sekali-kali berputus asa terhadap apa yg dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yg mungkin di luar jangkaan kita. Hanya kpdNya lah kita memohon & bertawakkal…

3. Mari makan tempe utk kesihatan dan kecergasan....tak caye tanya ler org2 Jawa…hehheh… =)

Sekian saje….Wallahualam….Wassalam…

~ryu watanabe~

Tamsilan: Hamba Dan Penciptanya

Manusia dewasa ini semakin 'kabur' matanya dalam mengenal Penciptanya. Manusia kian alpa dalam sogokan kemewahan serta hiburan di dunia ini. Oleh itu, terpanggil rasanya diri yang hina ini untuk bertindak sebagai 'kaca mata' kepada pencipta Islam sekalian agar kita dapat melihat dengan lebih jelas tentang keindahan Deen'ul Jannah kembali.Kanta bagi kaca mata ini adalah berbentuk sebuah tamsilan.

Tamsilan dimulakan dengan kisah seorang lelaki yang cacat sejak dari lahirnya. Dia tiada tangan dan kaki. Ibu bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil. Lantaran kemiskinan hidup, dia menjadi pengemis di lorong kaki lima. Dengan hasil sedekahnya itu, dia makan dan minum sekadar cuma. Sehinggalah pada suatu petang yang mendamaikan. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menyegarkan tubuh Si Cacat yang kelesuan. Gelas sedekahnya setia di depannya.
 
Tiba-tiba sebuah kereta BMW mewah berhenti di hadapan Si Cacat. Turun seorang lelaki yang segak dari tempat duduk belakang kemudian mara menghampirinya. "Mari ikut aku," ujar Si Kaya. "Pergi ke mana?" tanya Si Cacat. "Menemui kebahagianmu," jawab Si Kaya lantas membawa Si Cacat ke sebuah banglo yang sangat mewah persis sebuah istana.. Si Kaya memanggil semua doktor-doktor pakar untuk membantu Si Cacat agar dapat hidup seperti manusia normal.

Dengan teknologi yang semakin canggih, Si Cacat mendapat sepasang tangan dan sepasang kaki elektronik yang dapat berfungsi seperti anggota yang asli. Tidak cukup dengan itu, Si Kaya memberi kepercayaan kepada Si Cacat untuk memegang salah sebuah syarikatnya. Semenjak itu Si Cacat telah bertukar menjadi Si Bertuah. Dia mengurus syarikat yang diberikan kepadanya dengan bersungguh-sungguh. Hasil ketekunan dalam pekerjaannya, Si Kaya telah setuju untuk mengahwinkan Si Bertuah dengan puterinya yang sangat cantik rupa parasnya dan sangat baik budi pekertinya.

Si Bertuah berasa sangat berterima kasih kepada pemberian Si Kaya. Sebagai membalas jasa Si Kaya, Si Bertuah selalu menceritakan kebaikan Si Kaya kepada kawan-kawannya agar ramai yang ingin mendekati Si Kaya. Si Kaya mendapat tahu bahawa dirinya selalu menjadi pujian orang ramai atas cerita yang disampaikan oleh Si Bertuah. Lantas dia memberikan lebih banyak hadiah kepada Si Bertuah. Selain itu, Si Bertuah tidak pernah lupa menghubungi Si Kaya. Kepada Si Kayalah dia meminta bantuan dan kepada Si Kayalah dia mengadu masalah. Sehinggakan jika ditelefon, Si Bertuah cepat-cepat saja menjawab panggilan Si Kaya kerana sayangnya yang teramat kepada Si Kaya.

MAKSUD TAMSILAN KISAH SI CACAT

Si Cacat dalam cerita di atas merujuk kepada kita sebagai umat manusia. Asalnya kita semua tidak memiliki keupayaan dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Tetapi, pemurahnya ALLAH SWT telah memberikan kita nikmat agar kita mudah mengerjakan perbuatan. Tangan dan kaki elektronik inilah yang merujuk kepada nikmat pemberian ALLAH SWT. Lantas ALLAH SWT menyuruh kita melaksanakan perintah-NYA dan memberi kita amanah untuk beramal ibadat kepada kita, itulah tamsilan bagi pekerjaan Si Bertuah.

Syarikat di atas pula merujuk kepada pahala kita. Semakin tekun kita beribadat maka semakin banyaklah keuntungan pahala kita. Oleh kerana ketekunan kita, ALLAH SWT menambahkan kebahagian kepada kita agar kita gembira. Sudah semestinya kita akan menceritakan kebaikan dari Maha Pemberi nikmat terhadap orang ramai; yakni kita berdakwah agar lebih ramai yang menyanyangi dan mengikuti agama ALLAH SWT. Tatkala mengetahui kita selalu memuji-muji diri-NYA, makin banyaklah nikmat-nikmat kebaikan yang kita perolehi.

Lantas, kita pun pasti akan cepat-cepat menjawab panggilan ALLAH SWT yakni kita yang senantiasa dibantu ALLAH sudah tentu akan tidak berlambat-lambat mengerjakan ibadat solat selepas seruan azan dilaungkan. Apa yang dapat kita simpulkan di sini, kita sebagai hamba ALLAH yang hina-dina ini sepatutnya sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan ALLAH SWT. Jangan pernah berlaku sombong kepada-NYA dan sentiasalah berdakwah yakni menyeru umat manusia mentaati ALLAH dan menjauhi larangan-NYA.

Sahutlah panggilan ALLAH yang menyuruh kita mengerjakan solat dan dirikanlah ia di awal waktu agar limpah kurnia serta taufiq dan hidayahnya terus-menerus dilimpahkan kepada kita. Firman ALLAH SWT dalam surah Al-Ma'idah dari ayat 9-11 yang mafhumnya:

'Dan ALLAH telah menjanjikan bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh, untuk mereka itu keampunan dan pahala yang besar.Dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat KAMI, mereka itu penghuni neraka.Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat ALLAH kepadamu, ketika satu kaum bercita-cita hendak menyerangmu (membunuhmu), lalu ALLAH menahan tangan mereka daripadamu dan takutlah kepada ALLAH. Dan kepada ALLAH hendaklah bertawakal orang-orang yang beriman.'

~ryu watanabe~

PERHATIAN UMAT ISLAM!!!

Assalamualaikum W.B.T..

Tolong sebarkan berita ni pada semua umat Islam. Kalau nak beli AL-QURAN yang dicetak dalam edisi baru. Hati-hatilah kerana ada 4 surah palsu ciptaan KAFIR laknatullah. Surah-surah itu adalah :

1) AL-IMAN
2) AL-WASAYA
3) AL-TAJASU
4) DANAL-MUSLIMOON

Jangan sesekali layari laman web www.thequran.com (Father Zakaria) kerana segala isinya adalah palsu. Sebarkan email ini kepada umat Islam seramaiyang mungkin!!!

Sebarkan jika anda sayangkan ISLAM.....

Aku Terlalu Sayang DIA...

Aku terlampau sayang sangat kat DIA. Penyayang sifatnya.Betul ni..... tak tipu! Pure cinta lah nak dikategorikan tu. Apa taknya masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA . Sure akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus mengadu kat DIA. Yang bestnya tu, bila aku dah mengadu kat DIA, terasa aman aje. For sure lah....KEKASIH kan!.. Ish... beruntung betul dapat KEKASIH macam ni. Tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa jer aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul rasa DIA tu dekat kat hati ni!. Ye la... cinta punya pasal kan... DIA tak kisah pun kalau aku tak ingatkan DIA, tapi rugilah aku. Sebab kalau aku ingat dan contact je DIA, sure macam-macam yang aku dapat. Tak kira, material ke, spiritual ke....emmmm memang KEKASIH sejati lah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca jer surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi example lagi nak suruh aku faham. Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giler la masa tu. Ye la... cinta bagai nak rak, tetiba putus begitu saja. Uwaaaa....

Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA tak cemburu pun. Cuma aku yang selalu cemburu dengan DIA, sebab ramai yang jatuh cinta dengan DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul... Kata orang putih....what U give... U get back.... so, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la kan?... KEKASIH aku ni baik sangat. Perfect!. Tu yang kadang-kadang aku tengah malam.....pukul 3-4 pagi, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindu lah!!

Sebenarnya KEKASIH aku ni kaya tau.... millionaire... billionaire....dan entah apa-apa naire lg. Tu yg pemurah sangat. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support.... Percaya tak???!!... Free of charge.... Tapi aku tak sedap hati laa..... Mesti la kena hargai apa yang DIA bagi tu kan?.. Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la..... Lepas tu pandai-pandai la membalas budi.... Jadi, tu yang buat aku sanggup berkorban apa saja...... cewwwaahh!!.. DIA suruh aku belajar sesungguh.. Kalau boleh belajar semua ilmu... sebab KEKASIH aku ni mmg cerdik + bijak + genius etc..... DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yg aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.

Malu la sebenarnya nak cakap ni... Ermmmmm......aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la... tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti kami akan bertemu. Sekarang menghitung hari la aku ni....tapi kecut perut gak!. Takut!. Maklum lah...tak pernah jumpa. Aku mesti prepare awal-awal daripada surat yang ada tu, aku tahu apa yg DIA suka, dan tak suka. Mesti la aku nak buat apa yang DIA suka, so that, DIA tambah-tambah sayang la kat aku kan..??..Tak per laa.... berkorban sekarang, sebab DIA dh janji, siapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yg aku sendiri tak pernah terfikir pun!.. Isssyyyy...... Rindu sangat dah ni..!!

"KEKASIH ku.....aku berjanji, aku akan pertahankan cinta suci ini....walau nyawa digalang gantikan, menggadaikan cinta teragung ini, tidak sama sekali... walaupun tak pernah berjumpa, aku tetap bahagia...... Itu lah KEKASIH ku..... ALLAH SWT..... Cinta Teragungku......"

~ryu watanabe~

Tiket Perjalanan Percuma

Nama sebenar : Hamba ALLAH
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet bumi

MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN

Tempoh berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah

SYARAT-SYARAT PERJALANAN

Di tuju kepada semua penumpang.

Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.

Sila perhatikan ketua anda semua (pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

BARANG YANG DIBENARKAN

1. 5 meter kain kafan
2. Kapas putih secukupnya
3. Muatan lain yang di benarkan :
amal soleh
sedekah jariah
anak solah yang mendoakan kedua ibubapanya
ilmu yang bermanfaat

Perhatian muatan lain yang di tegah adalah tanggunggjawab penumpang.
Barang siapa yang tidak mematuhi akan di seksa.

SAAT DAN WAKTU BERLEPAS

Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.

Diulang...

Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingatkan lagi. Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.

Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI:


“Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik janganlah pula mensyirikan ALLAH dengan sesuatu."


~ryu watanabe~

Tidur Cara Rasullullah dan Mengikut Perspektif Islam

Tidur juga menjadi sebahagian daripada aktiviti harian Rasulullah s.a.w. sebagai manusia biasa. Walaubagaimanapun, tidur Rasululullah s.a.w mempunyai cara dan tujuannya yang tersendiri. Ini kerana tidur Rasulullah s.a.w merupakan cara tidur yang terbaik dari segi kesihatan. Begitu juga, setiap waktu atau masa tidur baginda turut bermakna dari sudut kesihatan. Bahkan ilmu perubatan Baginda s.a.w. telah muncul lebih dahulu sebelum lahirnya ilmu kedoktoran yang berkembang seperti sekarang. Al-Imam Ibn al-Qayyim berkata, “Barangsiapa yang memerhatikan tidur dan bangun Baginda s.a.w., nescaya mereka akan mengetahui bahawa tidur Baginda tersebut tidur yang paling profesional dan paling bermanfaat untuk badan, organ, dan kekuatan.

Rasulullah juga mengakui bahawa tidur amat penting kepada manusia biasa. Ini kerana tidur merupakan salah satu sifat tabii semula jadi manusia. Ianya diperkukuhkan lagi di dalam hadith Nabi s.a.w di bawah yang berbunyi :

Maksudnya :
Anas bin Malik r.a berkata : Terdapat tiga orang lelaki telah datang mengunjungi rumah-rumah Nabi bertujuan bertanya tentang ibadah-ibadah Baginda. Apabila mereka diberitahu (tantang ibadah Nabi), Mereka mengira ibadah Nabi itu masih sedikit (mereka memandang sedikit apa yang dilakukan oleh Nabi) dan berkata : Apalah kita ini jika dibandingkan dengan Baginda, sedangkan Baginda diampuni oleh Allah segala dosa-dosanya baik yang telah lalu mahupun yang akan datang (maksum). Lantaran itu salah seorang daripada mereka berkata : Saya akan beribadah dan sembahyang sepanjang malam, seorang lagi yang lain berkata : Saya akan berpuasa sepanjang tahun, dan tidak berbuka, manakala yang ketiga pula berkata : Saya akan menjauhi wanita-wanita dan tidak akan berkahwin selama-lamanya. Tidak berapa lama selepas itu tiba-tiba Baginda muncul lalu bersabda : Kamu semuakah yang berkata begitu dan begini tadi? Sesungguhnya akulah dari kalangan kamu yang lebih takutkan Allah dan lebih bertaqwa kepadanya, Namun aku berpuasa dan aku berbuka. Aku sembahyang dan aku juga tidur, aku juga berkahwin dan mendekati isteri-isteriku. Barang sesiapa tidak mahu mengikut sunnahku, ia bukan dari kalanganku.

Hadith di atas bukanlah dalil yang mengharamkan keghairahan seseorang untuk melakukan ibadat kepada Allah. Serta tidak menjadi halangan seseorang itu hendak berlebih-lebihan dalam melakukan ibadat kepada Allah dengan tujuan untuk mendapat keredaan daripada Allah. Sebaliknya, hadith di atas melarang seseorang untuk melakukan ibadat yang terkeluar dari fitrah manusia, dengan menzalimi kehendak diri sendiri sebagai seorang manusia biasa. Sebagai contoh, Nabi telah melarang tiga pemuda tersebut yang mahu menghabiskan masa untuk beribadat kepada Allah, sehingga ada yang akan beribadah dan sembahyang sepanjang malam (tanpa tidur), akan berpuasa sepanjang tahun serta tidak berbuka, dan akan menjauhi wanita-wanita dan tidak akan berkahwin selama-lamanya.

Sebenarnya tidur juga boleh dijadikan satu amalan beribadat kepada Allah s.w.t. bersesuaian dengan nasihat Nabi s.a.w kepada Fatimah. Satu peristiwa anak Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda s.a.w. Sebaliknya, Baginda s.a.w. mengajarkan Fatimah cara yang lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian kepada Allah (Subhanallah sebanyak 33 kali) dengan diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar.

Seseorang juga boleh mengamalkan zikir tersebut sambil memohon kebaikan serta kesejahteraan daripada Allah s.w.t., atau dengan cara lain ialah membaca surah yang digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Qul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan.

Ciri-Ciri Tidur Nabi s.a.w. dan Perkaitannya Dengan Sains

Posisi tidur Nabi s.a.w adalah dalam keadaan mengiring ke sebelah kanan. Kemudian baginda s.a.w. akan berpaling tertumpu sedikit pada sisi kiri, supaya dengan posisi tersebut proses pencernaan akan lebih cepat berlaku disebabkan oleh kecondongan lambung badan di atas hati. Kemudian baginda akan kembali tidur tertumpu pada sisi kanan seperti mula-mula tadi, agar makanan dapat segera larut dari lambung tersebut, jadi posisi permulaan dan posisi terakhir tidur bertumpu pada sisi kanan. Selain bermanfaat bagi pencernaan, terdapat juga tiga manfaat lain yang dapat diambil dari posisi tidur mengiring ke sebelah kanan, iaitu : Tidur dalam keadaan mengiring dapat membantu perlancaran perjalanan nafas ketika tidur, ini kerana ianya dapat mencegah lidah jatuh ke belakang yang dapat menyumbat perjalanan nafas. Sebaliknya, jika tidur dalam keadaan posisi terlentang, ianya akan mengakibatkan relaksasi lidah ketika tidur dan akan mengakibatkan perjalanan nafas terhalang, serta akan menonjolkan suara ke luar yang dinamakan berdengkur.

Orang yang berdengkur akan mengakibatkan tubuh badan kekurangan oksigen. Malah kadang-kadang nafas boleh terhenti untuk beberapa detik yang akan mengakibatkan orang yang tidur dengan posisi tersebut terbangun dari tidur. Orang tersebut biasanya akan selalu terjaga dari tidur kerana kekurangnya oksigen sampai ke otak, dan tentunya ianya akan mengganggu proses tidur seseorang. Seterusnya, tidur secara mengiring ke sebelah kanan akan membuat jantung kita tidak menimpa ke atas organ lain, ini kerana posisi jantung berada lebih ke sebelah kiri dada. Sebaliknya jika tidur yang tertumpu pada sisi kiri akan menyebabkan curahan jantung yang berlebihan kerana darah yang masuk ke atrium lebih banyak.. Ini kerana, paru-paru kanan berada di atas sedangkan paru-paru kanan mampu menerima kemasukan darah yang lebih banyak dari paru-paru kiri.

Bagi sudut kesihatan pula, paru-paru kiri lebih kecil dibandingkan dengan paru-paru kanan. Jika tidur mengiring ke sebelah kanan, jantung akan jatuh ke sebelah kanan, cara ini tidak akan mendatangkan masalah kerana paru-paru kanan lebih besar. Lain halnya pula kalau tidur yang tertumpu kepada sebelah kiri, jantung akan menekan paru kiri yang berukuran kecil, secara tidak lansung ianya akan mendatangkan masalah dari segi kesihatan.

Selain posisi tidur yang mengiring ke kanan, Baginda s.a.w juga meluruskan punggungnya pada saat tidur, manfaatnya adalah supaya organ-organ dalam badan tidak tegang dan tertekan, serta posisi tersebut juga melancarkan peredaran darah.

Selain itu, Baginda s.a.w juga akan membengkok sedikit kaki ketika tidur.Keadaan tersebut seperti yang dilakukan oleh doktor sekarang, dimana ianya akan meminta pesakitnya membengkokan kaki semasa doktor tersebut mahu memeriksa perut pesakit. Fungsi tersebut adalah untuk mengendurkan otot-otot perut sehingga lebih mudah untuk diperiksa. Oleh itu dengan membengkok kaki sedikit pada saat tidur ianya akan menolong organ-organ dan otot-otot perut untuk berehat lebih sempurna, sehingga tidur kita akan lebih nyaman dan selesa.
Selain dari keadaan seperti di atas, Baginda Rasulullah s.a.w juga menggunakan telapak tangan sebagai bantal. Kita tentu sering mendengar bahawa posisi leher sangat mempengaruhi kualiti tidur. Kerana leher yang tidak lurus pada saat tidur akan menyebabkan sakit leher pada ketika bangun. Dan biasanya kesakitan tersebut berlarutan beberapa lama sehingga mengganggu aktiviti seharian. Oleh itu kita dapat lihat Maha Suci Allah yang menciptakan tangan sedemikian rupa sehingga apabila kita melihat orang yang tidur dengan telapak tangan, maka tercipta satu garis lurus antara kepala, leher dan juga punggung.

~ryu watanabe~

Penggunaan ubat, peralatan ketika puasa


BAGI pesakit yang menggunakan ubat dan alat perubatan ke atas anggota badan yang berongga seperti mulut, lubang hidung, telinga, dubur dan faraj, huraian masalah berkaitan adalah seperti berikut:

Perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang tidak membatalkan puasa ialah:

  1. Menggunakan ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga);
  2. Pil tablet nitroglycerin (GTN) atau ubat yang menyamainya yang diambil secara meletakkannya di bawah lidah tanpa ditelan bagi merawat kesakitan dada (angina pectoris) bagi pesakit jantung;
  3. Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan, pembersihan gigi atau memberus gigi dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan ketika prosedur rawatan itu;
  4. Semua bentuk suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi atau salur darah;
  5. Pendermaan atau pemindahan darah;
  6. Penggunaan ubat-ubatan dalam bentuk sapuan, balutan dan plaster pada permukaan kulit;
  7. Pengambilan sampel darah untuk ujian makmal;
  8. Memasukkan tiub kecil (catheter) melalui salur darah untuk tujuan pemeriksaan seperti prosedur angiogram untuk pemeriksaan jantung;
  9. Pemeriksaan laparoscop, iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian dalaman pesakit;
  10. Berkumur-kumur termasuk berkumur-kumur secara gargle (sehingga air hampir ke tekak), dan ubat teraputik semburan ke mulut yang tidak membabitkan proses menelan;
  11. Menjalani biopsy iaitu pengambilan spesimen atau cebisan yang diambil daripada hati atau organ lain untuk tujuan analisis makmal;
  12. Penggunaan ubat semburan (spray) hidung tanpa disedut;
  13. Rawatan dialisis untuk masalah pesakit buah pinggang sama ada hemodialisis atau peritonealdialisis;
  14. Menjalani rawatan bius setempat atau separuh (local) dengan semburan atau suntikan setempat; dan
  15. Penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa membabitkan kawasan rongga yang dalam.


Perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang membatalkan puasa:

  1. Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lelah (athma) atau penyakit paru-paru kronik;
  2. Memasukkan sebarang tiub kecil (pessary) atau ubat ke dalam faraj (vaginal suppository) termasuk prosedur cucian (wash), pemeriksaan dalaman vaginal (vaginoscope), atau pegawai perubatan memasukkan jari untuk melakukan pemeriksaan dalaman vagina wanita.
  3. Memasukkan sebarang tiub catheter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing (uretroscope), barium atau ubat pencuci yang dimasukkan sama ada ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita (contohnya memasukkan `urinary catheter’ untuk rawatan sumbatan salur kencing);
  4. Penggunaan alat seperti enema, tiub suppository, teropong protoscope atau jari pegawai perubatan yang dimasukkan ke dalam dubur atau rectum untuk pemeriksaan;
  5. Penggunaan teropong usus (endoscope) atau teropong perut (gasteroscope) untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman; dan
  6. Penggunaan bius menyeluruh yang membabitkan penggunaan gas.



Sumber: Buku Panduan Berpuasa Pesakit, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Orang berpuasa dijanjikan kemenangan dunia, akhirat

"DAN berpuasa itu lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahui" (al-Baqarah:184). Ayat ini begitu ringkas, namun tidak sama ringkasnya pernyataan Allah ini dengan kata makhluk-Nya. Sesungguhnya puasa bukan membebankan, tetapi peluang untuk mengumpul pahala.

  • Puasa sebagai perisai.

    Dalam hadis, Nabi SAW menganjurkan kepada mereka yang berkeinginan berkahwin tetapi tidak mampu, supaya berpuasa. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Wahai pemuda! Sesiapa antara kamu yang berkemampuan kahwin, maka berkahwinlah. Ia lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa kerana ia dapat menjadi perisai baginya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
    Dalam hadis lain pula dinyatakan puasa menjadi perisai dan penghalang kepada api neraka. Daripada Abu Said al-Khudri berkata, Rasulullah bersabda maksudnya: "Tidaklah seseorang hamba yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, kecuali Allah menjauhkannya dengan puasa itu daripada api neraka sejarak 70 tahun perjalanan" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim).



  • Puasa dapat masukkan seseorang ke syurga.

    Daripada Abu Umamah ra berkata: "Aku pernah bertanya, wahai Rasulullah, tunjukkan amalan yang aku dapat masuk syurga dengannya. Nabi SAW menjawab, hendaklah engkau berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya". (Riwayat al-Nasai, Ibn Hibban dan al-Hakim)
  • Pahala tiada had.

  • Dua kegembiraan.

  • Bau mulut lebih harum daripada kasturi di sisi Allah .

    Ketiga-tiga kelebihan ini dinyatakan Rasulullah dalam hadis bermaksud Daripada Abu Hurairah berkata: "Bersabda Rasulullah, Allah berfirman maksudnya: "Setiap amalan anak Adam itu baginya (pahala yang ada had), kecuali puasa kerana sesungguhnya puasa itu untuk-Ku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya dan puasa itu perisai dan apabila seseorang berpuasa, janganlah ia mengeluarkan kata lucah dan tidak juga bercakap kasar. Jika ada orang lain mengejinya atau ingin berkelahi dengannya, katakanlah, sesungguhnya aku berpuasa. Demi Tuhan yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada haruman kasturi. Untuk orang yang berpuasa itu dua kegembiraan: ketika dia berbuka, satu kegembiraan baginya, dan tatkala dia bertemu dengan Tuhannya, dia akan gembira dengan ibadah puasanya" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    Orang berpuasa menikmati dua kegembiraan iaitu dunia (menikmati juadah) dan akhirat (bertemu Allah di akhirat).

    Disediakan al-Rayyan iaitu pintu syurga yang dikhaskan untuk orang berpuasa.

  • Fadhilat Solat Terawih

    Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :


    Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
    Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

    Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

    Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

    Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

    Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

    Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

    Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

    Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

    Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

    Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

    Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

    Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

    Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

    Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

    Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

    Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

    Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

    Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

    Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

    Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

    Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

    Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

    Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

    Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

    Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

    Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

    Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

    Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

    Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
    "Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

    Umat perlu didedah sistem takwim tetapkan anak bulan


    Pemahaman kaedah saintifik kelendar hijriah elak kekeliruan

    HARI ini bersamaan 29 Syaaban 1430 Hijrah, pihak berkuasa di kebanyakan negara Islam sibuk membuat persiapan bagi menentukan tarikh 1 Ramadan, bermula waktu melaksanakan ibadat puasa yang menjadi Rukun Islam ketiga.

    Balai Cerap Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) ialah satu daripada empat tempat di Terengganu yang menjadi tumpuan melihat anak bulan (hilal) bagi menentukan 1 Ramadan.

    Tiga tempat lain ialah Bukit Kemuning di Kemaman, Bukit Besar di Kuala Terengganu dan Pulau Perhentian untuk daerah Besut. Rukyah hilal Ramadan dibuat pada petang ini di 28 lokasi ditetapkan bagi melihat anak bulan Ramadan dan Syawal di seluruh negara.

    Pegawai Sains Unit Falak UDM, Syahril Hirman Azmee, berkata ahli jawatankuasa melihat anak bulan Ramadan bagi Balai Cerap Kusza berkumpul jam 5.30 petang ini untuk memulakan tugas yang dijangka selesai menjelang Maghrib.

    Katanya, berdasarkan data ijtimak awal untuk Ramadan, pemisahan bulan lama dan baru bermula jam 6.02 minit petang 29 Syaaban dengan bulan dijangka terbenam jam 7.15 petang dan matahari pada 7.19 petang.

    "Dapat dijangkakan hilal (anak bulan) tidak kelihatan dan Syaaban digenapkan kepada 30 hari dan awal Ramadan bermula lusa (esok). Umur bulan pula boleh dikira daripada masa pemisah hingga matahari terbenam," katanya, semalam.

    Beliau yang sudah terbabit dalam jawatankuasa melihat anak bulan sejak 2004 berkata, pemisahan bulan lama dan baru ketika matahari terbenam petang ini membolehkan umur hilal diketahui iaitu 1.22 jam.

    Syahril Hirman berkata, dalam konteks menentukan tarikh 1 Ramadan, Malaysia menggunakan ketetapan rukyah dan hisab iaitu kaedah yang berkait rapat melalui proses melihat bulan dan perkiraan yang dijadikan fatwa.

    Katanya, rukyah dan hisab bukan dua kaedah berbeza seperti difahami masyarakat sebaliknya ia adalah proses diguna pakai menentukan tarikh awal puasa dengan memenuhi syarat tertentu seperti faktor anak bulan kelihatan sebelum justifikasi dibuat.

    "Ada beranggapan tidak perlu melihat hilal kerana takwim sudah menetapkan bila awal Ramadan seperti tahun ini jatuh pada 22 Ogos iaitu Sabtu. Hakikatnya, rukyah tetap dilaksanakan untuk melihat sendiri atau bagi memenuhi syarat sebelum pengumuman rasmi dibuat," katanya.

    Menurut rencana Rukyah Menurut Astronomi Takwim di laman web Unit Falak UDM, www.falak.udm.edu.my, tidak dinafikan ada berpendapat cara penentuan awal puasa dan hari raya di Malaysia sudah ketinggalan zaman.

    Mengikut sejarah, amalan penentuan awal bulan di Malaysia, khususnya Ramadan dan Syawal sering berubah dari segi kaedah tetapi sejak 1982, dasar rukyah dan hisab digunakan. Sebenarnya amalan merukyah turut mengalami perubahan, sesuai perkembangan teknologi dalam bidang astronomi.

    Kini, semua tempat melihat anak bulan di Malaysia dilengkapi peralatan teodolit dan ahli rukyah dibekalkan data yang mengandungi jadual pergerakan bulan serta matahari pada hari rukyah.

    Kemudahan itu dianggap memadai untuk merukyah anak bulan. Kedudukan anak bulan ditentukan setiap minit dan ahli rukyah bukan saja dipertanggungjawabkan melihat anak bulan tetapi juga meneliti bentuk bulan jika kelihatan.

    Amalan rukyah di Malaysia juga tidak semata-mata melihat anak bulan secara fizikal atau dengan bantuan teropong, tetapi juga meliputi kepada melihat jisim anak bulan. Ahli astronomi dapat menghisab kedudukan anak bulan dan waktu berlaku ijtimak dengan tepat, tetapi belum dapat menentukan bilakah anak bulan boleh kelihatan.

    Anak bulan tidak boleh terus kelihatan selepas berlaku ijtimak, tetapi memerlukan masa untuk membolehkan cahaya anak bulan itu dikesan mata manusia. Ini cabaran terbesar ahli astronomi Islam iaitu untuk mengemukakan tempoh di antara waktu ijtimak kepada waktu ia kelihatan buat kali pertama.

    Ia tidak perlu mengambil kira faktor cuaca tempatan, tetapi sekadar membuat hubungan relatif kemampuan cahaya bulan mempamerkan cahayanya dalam keadaan biasa. Jika masalah itu dapat diselesaikan dan satu keputusan dibuat di kalangan ahli astronomi, ahli takwim boleh menggunakan tempoh itu sebagai asas takwim.

    Masa depan penggunaan takwim berdasarkan anak bulan bergantung sepenuhnya kepada persefahaman negara Islam dan penerimaan mereka mengenai kaedah saintifik takwim hijriah.

    Polemik dan kekeliruan masyarakat terhadap penetapan sesuatu tarikh boleh diatasi dengan mendidik mereka mengenai sistem takwim Islam, amalan merukyah dan ilmu falak itu sendiri.


    Sumber: www.bharian.com.my

    AZAB ALLAH SUDAH TIBA ?


    Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa suatu ketika Rasulullah SAW mendatangi sejumlah sahabat di kalangan muhajirin, kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Wahai kaum muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (jika perkara-perkara itu sudah dikerjakan), maka tidak ada lagi kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung kepada Allah SWT, smoga kamu tidak menemui zaman itu. Perkara-perkara itu ialah:

    1. Tidak tampak perzinaan pada sesuatu kaum sehingga mereka berani terus-terang melakukannya, melainkan akan berjangkit wabak penyakit yang menular (tha'un) dan mereka ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat terdahulu.

    2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan/ukuran dan timbangan (curang dalam perdangangan), kecuali mereka akan diuji dengan kemarau penjang dan kesulitan mencari rezeki, dan kezaliman dari kalangan pemimpin mereka.

    3. Dan tidak menahan mereka dari zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada binatang tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah SWT.

    4. Dan tiada mereka menyalahi akan janji Allah dan RasulNya kecuali Allah akan menurunkan ke atas mereka, musuh yang akan merampas sebahagian dari apa yang ada di tangan mereka.

    5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka Allah akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri
    Penerangan Hadis:
    Marilah kita merenung sejenak hadis di atas dan membuat hisab ke atas diri dan masyarakat kita. Saban hari kita membaca akhbar dan mendengar berita tentang kepincangan umat Islam akhir zaman. Justeru itu, benarlah apa yang disebut oleh Rasulullah SAW tentang umat akhir zaman.

    Hakikat yang perlu kita teliti ialah, adakah kita sekarang hidup dalam keredhaan dan keberkatan Allah atau sebaliknya? Melihat kepada perkara yang berlaku hari ini, sewajarnya kita bertanya kepada diri kita: Apakah sumbangan kita untuk Islam, Allah dan RasulNya? Bukan sekadar kita menyalahkan menyalahkan individu yang terlibat dalam maksiat dan tidak menghiraukan apa yang berlaku di sekitar kita dengan alasan "Bukan hal aku". Sekarang ialah masanya untuk kita memikirkan apakah tindakan kita selanjutnya. Mahukah kita melihat perkara ini berterusan. Atau kita tergolong dalam golongan yang ingin merebut pahala jihad di sisi Allah. Wallhu'alam.

    Riwayat: Ibnu Majah

    Atuk Kata..

    ORANG KATA ..... enjoy sementara muda, hidup
    panjang lagi,dah tua nanti taubatlah.

    ATUK KATA ..... orang muda hidup memang baru
    bermula,tapi belum tentu masih panjang lagi,
    entah esok lusa Izrail datang menjemput.

    AKU RASA ..... betul jugak tu ......

    ORANG KATA ..... exams tu susah, kena banyak
    sacrifice, constant study ..... past year papers ..
    etc .. etc .. etc ..

    ATUK KATA ..... exams tu senang aje, dah ada
    tarikh untuk diuji, dah ada syllabus untuk diikut,
    kalau ajal ... entah bila siapapun tak tahu, banyak
    pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nankir, Neraca
    Mizan, tayangan slide ......

    AKU RASA ..... betul jugak tu ......

    ORANG KATA ..... have fun on your birthday,
    panggil kekawan and sedara mara, berpartylah
    sepanjang malam, make it a memorable one!!

    ATUK KATA ..... setiap hari jadi, kita semakin
    hampir, hampir setahun dengan kematian,
    setahun lagi diberi peluang untuk beramal,
    bertaubat ......

    AKU RASA ..... betul jugak tu ......

    ORANG KATA ..... kerja mesti sungguh-sungguh,
    beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat ......
    baru hati puas!

    ATUK KATA ..... ye ke hati dah puas?? dah cukup
    ibadah nak tempah kubur luas-luas? dah siap
    kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? dah cukup
    zikir untuk santapan rohani? dah cukup amal
    nak 'book' tempat Al-Firdaus?

    AKU RASA ..... betul jugak tu ......

    ORANG KATA ..... successful people have a
    good time management, ada bisnes di KL, New
    York, Tokyo ..... masih sempat berkempen untuk
    pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko
    dan karaoke, masih sempat pasang perempuan
    2-3, baru orang boleh respect!

    ATUK KATA ..... setiap manusia dapat 24 jam
    dlm sehari, tapi ..... ada masa ke untuk sujud di
    sejadah 5 kali sehari semalam? ada masa ke nak
    selak Al-Quran sekali sehari? ada masa ke
    nak jenguk ibu ayah di kampung, sekali dalam
    seminggu, atau sebulan, atau setahun?

    AKU RASA ..... err ..... betul jugak tu ......wallahu'alam..

    22 tanda hari kiamat semakin hampir

    1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
    2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
    3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
    4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
    5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
    6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
    7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
    8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
    9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
    10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
    11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
    12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
    13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
    14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
    15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
    16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
    17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
    18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
    19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
    20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
    21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
    22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.