RSS
Cinta yang disemadikan tak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi IMAN terselit di dada. .:Ryu Watanabe:.

H1N1 kini tahap tenat

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Darurat kesihatan tidak boleh diisytihar sewenang-wenangnya walaupun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini dijangkiti virus selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya mengakui situasi wabak itu di negara ini adalah tenat, tetapi untuk mengisytihar negara sebagai darurat ia perlu mengambil kira banyak faktor dan kriteria lain.

Katanya, ia termasuk melibatkan pelbagai pihak lain seperti orang awam, kementerian dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ini tidak bermakna kerajaan tidak serius dalam menangani penularan H1N1, malah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah Pengerusi kepada Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Untuk Menangani Wabak H1N1,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Malaysia hari ini mencatatkan tiga lagi kematian akibat virus H1N1 menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 62 orang manakala sebanyak 283 kes baru dilaporkan di seluruh negara dengan jumlah kes terkumpul H1N1 meningkat kepada 3,857 kes.

Semalam Tiong Lai berkata, WHO menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika orang ramai tidak mengambil serius langkah pencegahan bagi menghalang penularan virus itu.

Statistik itu berdasarkan kajian terperinci WHO mengenai kesan penularan luar biasa H1N1 terhadap sesebuah negara jika ancaman virus tersebut tidak ditangani secara berkesan dan menyeluruh.

Tiong Lai berkata, buat masa sekarang, Kementerian Kesihatan akan memfokuskan kepada aspek pencegahan dan rawatan khususnya terhadap pesakit-pesakit H1N1 yang terdiri daripada golongan berisiko tinggi.

“Kita akan terus mempergiatkan usaha menghebahkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan H1N1 di media massa seperti mengadakan sesi forum dengan orang ramai bagi meningkatkan tahap pengetahuan serta kesedaran mereka,” ujar beliau.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan mahu mengambil langkah yang praktikal dalam mencegah penularan wabak H1N1 di negara ini termasuk meminta orang ramai memberi kerjasama bersepadu kepada kerajaan dalam perkara tersebut.

“Saya yakin keadaan akan bertambah pulih sekiranya orang ramai mempunyai tanggungjawab yang tinggi dan tidak memandang remeh penularan wabak H1N1,” jelas beliau.

Beliau seterusnya menegaskan, individu-individu yang mempunyai gejala penyakit serupa influenza (ILI) seperti demam panas, selesema dan batuk perlu segera mendapatkan rawatan di hospital demi kesihatan diri.

“Mereka juga perlu prihatin dengan keselamatan orang lain dengan tidak menghadiri majlis-majlis terbuka dan berehat di rumah supaya virus penyakit tidak menjangkiti individu yang tidak berkenaan,” katanya.


Sumber: www.utusan.com.my

15 peserta Akademi Sastera berentap

AKADEMI Sastera Peringkat Saringan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, pada 19 Ogos ini, akan menyaksikan persaingan 15 peserta daripada lima institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk merebut lima tempat ke peringkat akhir pertandingan berkenaan.

Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), masing-masing menghantar tiga wakil untuk merebut tempat pertama yang menawarkan hadiah RM1,000.

Tempat kedua pertandingan yang membincangkan karya terbitan DBP dengan menggunakan sebarang teori dan pendekatan sastera itu, pula bakal memperoleh RM700 dan tempat ketiga (RM500), manakala sagu hati masing-masing menerima RM300.


Pada peringkat saringan pertandingan, 15 peserta itu akan dinilai oleh panel hakim yang diketuai Dr Talib Samat dan dianggotai oleh Shamsudin Othman dan A Rahim Abdullah.


Pada 17 hingga 19 Julai lalu, peserta mengikuti bengkel bimbingan yang dikendalikan Dr Tengku Intan Marlina Tengku Ali sebagai mentor UM; Che Abdullah Che Ya (mentor UKM); Naffi Mat (mentor UPM); A Halim Ali (mentor UPSI) dan Azman Ismail (mentor Aswara).

Akademi Sastera Peringkat Akhir yang akan diadakan di DBP pada 8 Oktober ini, bertujuan menanamkan semangat mencintai dan menghargai khazanah bangsa ini, sekali gus memberikan pendedahan awal kepada peserta mengenai penyediaan kertas kritikan dan pembentangan dalam seminar seperti yang dilakukan sarjana.

Penilaian dibuat berdasarkan 60 peratus semasa pembentangan dan 40 peratus untuk penyediaan bahan dengan menggunakan teori dan pendekatan sastera seperti feminisme, takmilah, persuratan baru, hegemoni, kata kunci, pengkaedahan Melayu dan kajian kebudayaan.


Sumber: www.bharian.com.my

ANAK-ANAK ZAMAN INI...

Pada zaman internet ini manusia sentiasa rasa hebat, masyhur, kaya, tidak memerlukan teguran dan diri menjadi sombong. Lantaran itu manusia tidak lagi mahu mengikut kehendak agamanya yang suci ini. Masing-masing berasakan dirinya sudah hebat dengan mengikut gelagat bintang-bintang filem, penyanyi-penyanyi dan segala jenis seniman yang memporak-perandakan iman umat Islam zaman ini. Antara bentuk-bentuk ikutan yang difikirkan negatif oleh pandangan kita dan agama juga ialah seperti:
1. Mewarnakan rambut yang hitam dengan warna seperti bulu tupai yang keperang-perangan.
2. Memotong rambut ala bintang filem Barat, berekor dan jijik dipandang
3. Memakai subang sebelah seperti anak haram negro
4. Menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya seperti bintang filem makyung Cina
5. Memakai baju tidak berlengan yang mendedahkan panau dan kurap di tangan.
6. Memakai seluar yang koyak di lutut untuk menonjolkan kemiskinannya.
7. Mentatu lengan seperti orang Siam supaya air sembahyang tidak rata dan sentiasa berkeadaan tidak suci.
8. Memakai baju yang bercorak lukisan muka hantu dan iblis yang menjijikkan untuk menunjukkan diri sudah menjadi rakan iblis tersebut.
9. Berkepit dengan pasangan yang bukan muhrim di kompleks membeli belah untuk menunjukkan kehebatan diri yang dijadikan Tuhan.
10. Mengusung anak dara orang dengan motosikal besar ke sana kemari untuk dibuat tontonan.
11. Ibu bapa membiarkan anak perempuan yang telah baligh tidak menutup aurat dan termasuk membogelkan kepala tanpa bertudung semasa keluar dari rumah .
12. Ibubapa boleh berkongsi menonton drama tv adegan ciuman dan percintaan serta hubungan jenis tanpa rasa segan silu .

WAHAI INSAN, WAHAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI, INGATLAH ALLAH TIDAK MENGURNIAKAN ANAK-ANAK DAN ISTERI UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN. AMANAH SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI BUMI ADALAH SUATU AMANAH YANG AMAT BERAT UNTUK DIPIKUL, SEHINGGAKAN GUNUNG-GANANG TAKUT MENERIMA AMANAH ALLAH TERSEBUT.

Oleh itu wahai manusia yang bergelar suami dan bapa, peliharalah anak-anak dan isteri dengan mengikut kehendak agama yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w sejak dahulu lagi.


dipetik dr buletin yg di'post' oleh Nizar

Mayat bayi ditemui dalam tandas pelajar lelaki

POKOK SENA: Polis menahan seorang pekerja am wanita sebuah sekolah berasrama penuh di sini berikutan penemuan mayat seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan dalam tangki mengepam air di tandas pelajar lelaki, pagi tadi.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan Mohd Fiesal Libertus Abdullah, berkata polis menerima laporan daripada pihak sekolah mengenai penemuan mayat bayi itu pada kira-kira jam 10 pagi.

Seorang daripada pekerja am sekolah itu dikatakan melaporkan penemuan mayat bayi itu tersekat dalam tangki mengepam air tandas pelajar lelaki di tingkat dua bangunan sekolah itu.


Beliau berkata, polis yang berkejar ke tempat kejadian menemui mayat bayi yang masih bertali pusat itu dalam keadaan terlangkup serta terselit dalam tangki mengepam air di situ.


Katanya, mayat bayi tanpa sebarang pakaian itu sudah berbau dipercayai dilahirkan kira-kira dua hari lalu.

"Siasatan awal mendapati seorang pekerja am wanita berusia 40-an di sekolah ini pernah mengalami pendarahan ketika bertugas Selasa lalu dan dia dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk rawatan.

"Wanita itu dikatakan mengalami pendarahan ketika menuruni tangga bangunan sekolah sebelum dihantar oleh pengurusan sekolah ke hospital untuk mendapat rawatan.


"Wanita itu sudah bersuami dan mempunyai lima orang anak," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mohd Feisal Libertus berkata, polis akan mengambil keterangan beberapa orang saksi, termasuk suami wanita terbabit yang bekerja sebagai seorang penoreh getah bagi membantu siasatan.


Copy from : www.bharian.com.my