RSS
Cinta yang disemadikan tak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi IMAN terselit di dada. .:Ryu Watanabe:.

UM raih Piala Penyelidikan Perdana

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM25 juta untuk membiayai 602 projek diusahakan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) menerusi Skim Geran Penyelidikan Asas tahun ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata 20 penyelidik IPTA dan tiga dari IPTS menerimanya untuk tahun ini.

Sejumlah RM23,630,430 diberikan kepada IPTA bagi menjayakan 411 projek manakala IPTS menerima peruntukan RM1,417,500 untuk melaksanakan 191 projek, katanya sebelum menyampaikan anugerah kepada pemenang ciptaan pada Persidangan dan Ekspo Antarabangsa Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi (PECIPTA 2009) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini semalam.


Sementara itu, Universiti Malaya (UM) diumumkan penerima Piala Penyelidikan Perdana apabila berjaya menggondol empat pingat emas, 14 pingat perak dan 10 pingat gangsa dalam PECIPTA 2009.

Sumber: www.bharian.com.my