Dialah sahabat..
Telah puas aku pandang dan perhati sifat dan sikap sahabatku ini. Namun belum pernah ku temui cacat celanya dari segi sikap mahu pun perbuatan. Semuanya nampak cantik seperti yang dituntut oleh agama.
Malu itu memang pakaian peribadinya. Rendah diri itu perhiasan dirinya.Ilmu itu dihujung bibirnya. Kemewahan bukan kebanggaannya.Dia sangatlah serba sederhana namun nampak begitu sempurna dan bersesuaian dengannya walau di mana pun dia berada. Di majlis orang besar-besar dia tetap nampak sepadan. Di majlis orang miskin dia tidak nampak perlu dimuliakan.
Manisnya akhlak dan kewibawaan dirinya. Dalam zuhud tidak pula dia sampai menghina diri dalam berpakaian dan kehidupan. Sedangkan yang aku tahu dia memang seorang yang teramat zuhud. Zuhud itu merupakan hatinya.
Seperti pesan Alqamah pada puteranya dalam mencari seorang sahabat :
1 )Jika engkau membuat bakti kepadanya , ia akan melindungimu.
2 )Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya , ia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3 )Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya , ia akan membantumu.
4 )Jika engkau hulurkan sesuatu kebaikan ia akan menerimanya dengan baik.
5 )Jika ia mendapat sesuatu kebaikan darimu , ia akan menghargai dan menyebutnya.
6 )Jika mendapati sesuatu yang tidak baik dari dirimu , dia akan menutupnya.
7 )Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya , ia akan mengusahakan.
8 )Jika engkau berdiam diri ( kerana malu hendak meminta) ia akan tanyakan padamu.
9 )Jika datang sesuatu bencana menimpamu , ia akan meringankan kesusahanmu.
10 )Jika engkau berkata padanya , nescaya ia akan membenarkanmu.
11 )Jika engkau merancang sesuatu , nescaya dia akan membantumu.
12 )Jika antaramu berselisih faham , dia rela mengalah demi kepentingan sebuah persahabatan.
Semua itu ada padanya. Bertuah sungguh aku mendapat sahabat sepertinya. Inilah sahabat sejati, sahabat yang aku berasa senang dengannya dalam urusan keduniaan dan mendapat faedah dalam hal-hal yang berkaitan dengan akhirat. Inilah sahabatku.
Melihat wajahnya mengingatkan aku sentiasa kepada Tuhan. Tidak pernah jemu bila berbicara dengannya kerana kata-katanya adalah ilmu yang dipraktikkan. Cahaya wajahnya terpancar setiap kali dia tersenyum sehingga aku tidak pernah jemu untuk menatapnya. Bahasanya lembut tutur kata juga sopan.Tapi pertemuan kami hanyalah sekali sekala. Ini membuatkan aku sentiasa rindu padanya. Berdepan dengannya terasa sangat kekurangan pada diri ini. Kadang-kadang terasa seperti dia tahu gerak hatiku. Seperti dia kenal benar dengan peribadiku yang banyak berdosa ini.Malunya aku…………..
Sahabatku, sering aku berdoa meminta dan merayu agar ALLAH kekalkan sahabat sepertimu. Aku tidak bersedia untuk kehilanganmu. Hilangmu bererti aku kehilangan sesuatu yang sangat berharga. Sesuatu yang tidak dapat ditukar ganti walau dengan dunia ini sekali pun.
Saat bermusafir, kau ajar aku menerima hadiah dari ALLAH yang sangat bernilai iaitu solat jamak dan qasar. Dengan hadiah ini, kita ada lebih banyak masa untuk bermunajat kepada ALLAH.
Kau tersimpuh sopan mengadap kiblat merintih dosamu agar diampunkan. Air mata keinsafan dan air mata taubat bercucuran membasahi sejadah mengesali nafsu-nafsu yang tidak terkendali. Air mata itulah kelak bakal menyiram api neraka yang siap siaga membakar manusia-manusia yang engkar kepada ALLAH. Sujudmu lama. Sujud seorang hamba hina dihadapan Tuhan yang maha besar dan maha berkuasa. Sujud merendahkan sayap-sayap kebinatangan dan kerakuasan hawa nafsu yang ada dalam jiwa. Jiwa yang tidak henti-henti berjihad menentang hawa nafsu dan sifat kebinatangan yang dihembus oleh syaitan.
Sujud yang melambangkan segenap zahir batin diserahkan sepenuhnya kepada ALLAH agar dibalas mengikut amalan yang setimpal. Dan berharap-harap dosa-dosa yang sengaja atau tidak itu mendapat keampunan. Diakhiri sujud itu dengan zikir. Zikir beralun perlahan memuja muji ALLAH yang esa disamping selawat keatas Rasul yang mulia.
Hati yang berkarat hitam seumpama bontot kuali ini perlu dibersihkan. Titik-titik dosa yang setiap hari bertompok tebal dan semakin tebal perlu dikikis. Zikir itulah cuciannya. Setiapkali zikir dialun hilanglah satu titik yang menggelapkan hati. Hati perlu dibersihkan selalu dan kalau boleh setiap detik agar hati itu cepat putih, bersih dan kembali cemerlang.
Sahabat……..banyak yang aku pelajari darimu….
"Sungguh aku rindukan sahabat sejati, teman di kala susah & senang... Namun aku tak layak mengharap sahabat semulia etu... Kerana diri yang masih kekurangan, namun aku bersyukur bersama2 sahabat di sekelilingku.. Moga mereka menjadi asbab agar aku lebih mengingati-MU... Ku memohon pada-MU.. Ya Ilahi...(",) "
~ Sahabat maafkan diriku andai tak mampu menyenangkan hatimu, kerana aku hanyalah hamba Tuhan yang punya banyak kelemahan~
~Ryu Watanabe~