1) Merokok adalah satu perbuatan membazir. Membazir adalah amalan syaitan. Orang yang menurut amalan syaitan adalah sahabat syaitan secara tidak langsung. Mahukah anda berkawan dengan syaitan? Asap pula adalah makanan jin.
2) Sebahagian besar ulama' mutakhir memutuskan merokok adalah haram. Kenapa dahulu makruh dan sekarang haram? Dahulu belum diketahui bukti saintifik tentang bahaya merokok. Sekarang semuanya telah jelas. Antaranya risiko penyakit jantung, athma dan mati pucuk.
3) Syarikat-syarikat pengeluar rokok terdiri dari golongan yahudi. Mereka menyalurkan bantuan kewangan kepada Israel. Sebagai orang islam tidakkah anda rasa bersubahat menyalurkan kewangan untuk membunuh saudara seagama anda?
4) Asap rokok membahayakan orang sekeliling anda yang tidak merokok serta mengganggu ketenteraman mereka.
5) Sekiranya anda seorang bapa, merokok di depan anak-anak anda akan menggalakkan mereka untuk merokok sama pada satu masa nanti. Jika anda seorang ibu, anda membahayakan kandungan bayi anda sekiranya anda mengandung.
6) Seorang penagih dadah biasanya bermula dengan merokok.
Bagaimana anda ingin berhenti merokok?
1) BERHENTI SEKARANG JUGA! Buang rokok!. Buang mancis dan pemetik api! Bulatkan tekad! Jika semasa berpuasa anda boleh berhenti kenapa tidak pada saat ini. Berdasarkan pengalaman sendiri berhenti secara beransur-ansur adalah mengarut dan langsung tidak praktikal.
2) Tekadkan dalam hati anda ingin menjadi contoh kepada anak-anak anda dan rakan-rakan anda yang lain.
3) Bila anda berhenti merokok, anda telah membuktikan bahawa anda adalah muslim yang sejati.
Niat yang baik mesti disusuli dengan perbuatan yang baik dan berterusan. InsyaAllah anda akan berjaya menempuhnya
~Ryu Watanabe~
0 comments:
Catat Ulasan