RSS
Cinta yang disemadikan tak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi IMAN terselit di dada. .:Ryu Watanabe:.

Kisah Penjual Tempe

Alkisahnya di sebuah desa di Jawa Tengah, ade sorang ibu yg kerjanya menjual tempe di pasar setiap hari. Pekerjaannya menjual tempe ini adalah merupakan satu2nya sumber pendapatannya utk menyara hidup.


Pada satu pagi, macam biasa, dia tgh bersiap2 nak pegi jual tempe. Tapi tetiba dia tersedar yg tempenya yg dibuat drpd kacang kedele (menurut bahasa Indonesia) hari tu masih belum menjadi iaitu baru separuh jadi. Dia pun berasa amatlah sedih sebab tempe yg masih belum menjadi pastinya tak laku dan ini bermaksud dia takkan dpt wang utk hari tu.

Tengah dia bersedih tu, tetiba dia teringat akan firman Tuhan yg menyatakan Tuhan dpt melakukan perkara2 ajaib kerana tiada yg mustahil bg Tuhan. Lalu dia pun mengangkat kedua tgnnya sambil berdoa “Ya Tuhan, aku mohon kepadaMu agar kedele ini menjadi tempe. Amin….” Begitulah doa singkatnya yg dipanjatkan dgn sepenuh hatinya. Dia sangat yakin yg Tuhan pasti mengabulkan doanya.

Lalu dgn tenang dia pun menekan2 bungkusan bakal tempe tuh dgn hujung jarinya dan dia pun bukak sikit bungkusan tu utk menyaksikan keajaiban kedele itu menjadi tempe. Tapi dia kaget seketika sebab kedele tu masih tetap kedele. Namun dia tak kecewa, sebaliknya dia fikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan.

Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Tuhan, aku tahu bahawa tiada yg mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dpt menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadilah ini tempe, Amin". Dengan penuh harapan dan debaran dia pun skali lagi bukak sikit bungkusan tu. Lalu apa yang terjadi????????...Dengan kaget dia melihat yg kacang kedele tersebut??????....masih tetap begitu !!!!!!!

Sementara tu hari pun semakin siang dan tentunya pasar dah semakin ramai org. Si ibu ni tetap tak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Bagaimanapun kerana keyakinannya yg sgt tinggi dia bercadang utk tetap pegi ke pasar membawa barang dagangannya tu. Dia berpikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi masa perjalanannya ke pasar. Lalu dia pun bersiap2 untuk berangkat ke pasar. Semua keperluannya untuk menjual tempe macam biasanya dah disiapkan.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah ini tempe. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tak lupa baca doa dalam hati.

Tak lama lepas tu dia pun sampailah di pasar. Dan macam biasanya dia pun ambik tempat untuk meletakkan barang dagangannya. Dia betul2 yakin yg tempenya sekarang mesti dah menjadi. Lalu dgn hati yg berdebar-debar dia pun bukak bakulnya dan menekan2 dgn jarinya setiap bungkusan yg ada. Pelan2 dia bukak sikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Lalu apa yang terjadi saudara-saudari??????????......tenyata tempenya benar-benar?????????????????....belum menjadi!!!!!!!!!

Si Ibu ni pun terkesima seketika, dia tarik nafas dalam-dalam. Dia sudah mula kecewa pada Tuhan kerana doanya tak dikabulkan. Dia merasa Tuhan tak adil. Tuhan tak kesian padanya sedangkan dia hidup cuma dgn hasil jualan tempe je. Seterusnya, dia cuma duduk diam tanpa mempamerkan barang dagangannya sebab dia tau yg mana ada org nak beli tempe yg baru separuh jadi tuh.

Sementara tuh hari pun semakin petang dan pasar dah mulai sepi dengan pembeli. Dia tengok member2 yg sesama penjual tempe, tempe mereka dah hampir habis nak dijual. Dia tertunduk lesu seperti tak sanggup menghadapi kenyataan hidupnya hari itu. Dia pun termenung dgn rasa yg teramat kecewa. Dia tau yg hari tu dia takkan dpt pendapatan langsung.

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Bu...?!

“Maaf ya bu, saya mau tanya. Apakah ibu ada menjual tempe yang belum jadi? Dari tadi saya sudah keliling pasar mencarinya tapi masih belum ketemu.”

Seketika si ibu tadi terkesima lagi. Dia kaget. Sebelum dia menjawab sapaan wanita kat depannya tu, dalam hati cepat2 dia berdoa "Ya Tuhan, saat ini aku tak mahu tempe lagi. Biarlah daganganku ini tetap seperti semula, Amin".

Tapi lepas tuh, dia masih tak berani lagi nak jawab kat wanita tuh. Dia fikir ntah2 mase dia tgh duduk2 termenung tadi, tempenya dah menjadi. Jadi masa tuh dia dalam keadaan ragu2 lagi nak jawab. Camane nih?” Dia pikir. “Kalo aku kata ya, jangan2 tempe ni dah jadi, sape tau mukjizat Tuhan?”

Lalu dia pun kembali berdoa dalam hatinya, "Ya, Tuhan, biarlah tempeku ini tak usah jadi tempe lagi. Dah ada org yg nak beli. Ya Tuhan tolonglah aku kali ini. Dengarlah doaku ini…” ucapnya berkali-kali.

Sebelum dia menjawab wanita itu, dia pun bukak sikit daun penutupnya. Lalu apa yang dilihatnya saudara-saudari????????????....Ternyata memang benar tempenya ?????????????.....belum jadi!!!!!!!!! Dia pun bersorak riang gumbira dalam hatinya. "Alhamdulillah", ucapnya.

Dipendekkan cite, wanita tu pun memborong habis semua tempenya yg belum menjadi tuh. Sebelum wanita tu pergi, si ibu nih sempat jugak tanya wanita tuh kenapa nak beli tempe yg belum jadi. Rupa2nya, wanita tuh kata yg anaknya di England kepingin tempe dari desa. Memandangkan tempenya tuh nak dikirimkan ke England, dia kenalah beli yg belum jadi lagi supaya bila sampai di England nanti dah menjadi. Kalau kirim tempe yg dah jadi, nanti di sana tempe tuh dah tak elok lagi dan rasanya pun dah kurang sedap.

Begitulah alkisahnyee…TAMAT…


Moral of the story….

1. Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yg terbaik utk kita.

2. Sentiasalah berdoa dlm menjalani kehidupan seharian kita sbg hambaNya yg lemah. Dan jgn sekali-kali berputus asa terhadap apa yg dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yg mungkin di luar jangkaan kita. Hanya kpdNya lah kita memohon & bertawakkal…

3. Mari makan tempe utk kesihatan dan kecergasan....tak caye tanya ler org2 Jawa…hehheh… =)

Sekian saje….Wallahualam….Wassalam…

~ryu watanabe~

Tamsilan: Hamba Dan Penciptanya

Manusia dewasa ini semakin 'kabur' matanya dalam mengenal Penciptanya. Manusia kian alpa dalam sogokan kemewahan serta hiburan di dunia ini. Oleh itu, terpanggil rasanya diri yang hina ini untuk bertindak sebagai 'kaca mata' kepada pencipta Islam sekalian agar kita dapat melihat dengan lebih jelas tentang keindahan Deen'ul Jannah kembali.Kanta bagi kaca mata ini adalah berbentuk sebuah tamsilan.

Tamsilan dimulakan dengan kisah seorang lelaki yang cacat sejak dari lahirnya. Dia tiada tangan dan kaki. Ibu bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil. Lantaran kemiskinan hidup, dia menjadi pengemis di lorong kaki lima. Dengan hasil sedekahnya itu, dia makan dan minum sekadar cuma. Sehinggalah pada suatu petang yang mendamaikan. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menyegarkan tubuh Si Cacat yang kelesuan. Gelas sedekahnya setia di depannya.
 
Tiba-tiba sebuah kereta BMW mewah berhenti di hadapan Si Cacat. Turun seorang lelaki yang segak dari tempat duduk belakang kemudian mara menghampirinya. "Mari ikut aku," ujar Si Kaya. "Pergi ke mana?" tanya Si Cacat. "Menemui kebahagianmu," jawab Si Kaya lantas membawa Si Cacat ke sebuah banglo yang sangat mewah persis sebuah istana.. Si Kaya memanggil semua doktor-doktor pakar untuk membantu Si Cacat agar dapat hidup seperti manusia normal.

Dengan teknologi yang semakin canggih, Si Cacat mendapat sepasang tangan dan sepasang kaki elektronik yang dapat berfungsi seperti anggota yang asli. Tidak cukup dengan itu, Si Kaya memberi kepercayaan kepada Si Cacat untuk memegang salah sebuah syarikatnya. Semenjak itu Si Cacat telah bertukar menjadi Si Bertuah. Dia mengurus syarikat yang diberikan kepadanya dengan bersungguh-sungguh. Hasil ketekunan dalam pekerjaannya, Si Kaya telah setuju untuk mengahwinkan Si Bertuah dengan puterinya yang sangat cantik rupa parasnya dan sangat baik budi pekertinya.

Si Bertuah berasa sangat berterima kasih kepada pemberian Si Kaya. Sebagai membalas jasa Si Kaya, Si Bertuah selalu menceritakan kebaikan Si Kaya kepada kawan-kawannya agar ramai yang ingin mendekati Si Kaya. Si Kaya mendapat tahu bahawa dirinya selalu menjadi pujian orang ramai atas cerita yang disampaikan oleh Si Bertuah. Lantas dia memberikan lebih banyak hadiah kepada Si Bertuah. Selain itu, Si Bertuah tidak pernah lupa menghubungi Si Kaya. Kepada Si Kayalah dia meminta bantuan dan kepada Si Kayalah dia mengadu masalah. Sehinggakan jika ditelefon, Si Bertuah cepat-cepat saja menjawab panggilan Si Kaya kerana sayangnya yang teramat kepada Si Kaya.

MAKSUD TAMSILAN KISAH SI CACAT

Si Cacat dalam cerita di atas merujuk kepada kita sebagai umat manusia. Asalnya kita semua tidak memiliki keupayaan dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Tetapi, pemurahnya ALLAH SWT telah memberikan kita nikmat agar kita mudah mengerjakan perbuatan. Tangan dan kaki elektronik inilah yang merujuk kepada nikmat pemberian ALLAH SWT. Lantas ALLAH SWT menyuruh kita melaksanakan perintah-NYA dan memberi kita amanah untuk beramal ibadat kepada kita, itulah tamsilan bagi pekerjaan Si Bertuah.

Syarikat di atas pula merujuk kepada pahala kita. Semakin tekun kita beribadat maka semakin banyaklah keuntungan pahala kita. Oleh kerana ketekunan kita, ALLAH SWT menambahkan kebahagian kepada kita agar kita gembira. Sudah semestinya kita akan menceritakan kebaikan dari Maha Pemberi nikmat terhadap orang ramai; yakni kita berdakwah agar lebih ramai yang menyanyangi dan mengikuti agama ALLAH SWT. Tatkala mengetahui kita selalu memuji-muji diri-NYA, makin banyaklah nikmat-nikmat kebaikan yang kita perolehi.

Lantas, kita pun pasti akan cepat-cepat menjawab panggilan ALLAH SWT yakni kita yang senantiasa dibantu ALLAH sudah tentu akan tidak berlambat-lambat mengerjakan ibadat solat selepas seruan azan dilaungkan. Apa yang dapat kita simpulkan di sini, kita sebagai hamba ALLAH yang hina-dina ini sepatutnya sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan ALLAH SWT. Jangan pernah berlaku sombong kepada-NYA dan sentiasalah berdakwah yakni menyeru umat manusia mentaati ALLAH dan menjauhi larangan-NYA.

Sahutlah panggilan ALLAH yang menyuruh kita mengerjakan solat dan dirikanlah ia di awal waktu agar limpah kurnia serta taufiq dan hidayahnya terus-menerus dilimpahkan kepada kita. Firman ALLAH SWT dalam surah Al-Ma'idah dari ayat 9-11 yang mafhumnya:

'Dan ALLAH telah menjanjikan bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh, untuk mereka itu keampunan dan pahala yang besar.Dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat KAMI, mereka itu penghuni neraka.Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat ALLAH kepadamu, ketika satu kaum bercita-cita hendak menyerangmu (membunuhmu), lalu ALLAH menahan tangan mereka daripadamu dan takutlah kepada ALLAH. Dan kepada ALLAH hendaklah bertawakal orang-orang yang beriman.'

~ryu watanabe~

PERHATIAN UMAT ISLAM!!!

Assalamualaikum W.B.T..

Tolong sebarkan berita ni pada semua umat Islam. Kalau nak beli AL-QURAN yang dicetak dalam edisi baru. Hati-hatilah kerana ada 4 surah palsu ciptaan KAFIR laknatullah. Surah-surah itu adalah :

1) AL-IMAN
2) AL-WASAYA
3) AL-TAJASU
4) DANAL-MUSLIMOON

Jangan sesekali layari laman web www.thequran.com (Father Zakaria) kerana segala isinya adalah palsu. Sebarkan email ini kepada umat Islam seramaiyang mungkin!!!

Sebarkan jika anda sayangkan ISLAM.....

Aku Terlalu Sayang DIA...

Aku terlampau sayang sangat kat DIA. Penyayang sifatnya.Betul ni..... tak tipu! Pure cinta lah nak dikategorikan tu. Apa taknya masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA . Sure akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus mengadu kat DIA. Yang bestnya tu, bila aku dah mengadu kat DIA, terasa aman aje. For sure lah....KEKASIH kan!.. Ish... beruntung betul dapat KEKASIH macam ni. Tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa jer aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul rasa DIA tu dekat kat hati ni!. Ye la... cinta punya pasal kan... DIA tak kisah pun kalau aku tak ingatkan DIA, tapi rugilah aku. Sebab kalau aku ingat dan contact je DIA, sure macam-macam yang aku dapat. Tak kira, material ke, spiritual ke....emmmm memang KEKASIH sejati lah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca jer surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi example lagi nak suruh aku faham. Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giler la masa tu. Ye la... cinta bagai nak rak, tetiba putus begitu saja. Uwaaaa....

Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA tak cemburu pun. Cuma aku yang selalu cemburu dengan DIA, sebab ramai yang jatuh cinta dengan DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul... Kata orang putih....what U give... U get back.... so, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la kan?... KEKASIH aku ni baik sangat. Perfect!. Tu yang kadang-kadang aku tengah malam.....pukul 3-4 pagi, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindu lah!!

Sebenarnya KEKASIH aku ni kaya tau.... millionaire... billionaire....dan entah apa-apa naire lg. Tu yg pemurah sangat. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support.... Percaya tak???!!... Free of charge.... Tapi aku tak sedap hati laa..... Mesti la kena hargai apa yang DIA bagi tu kan?.. Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la..... Lepas tu pandai-pandai la membalas budi.... Jadi, tu yang buat aku sanggup berkorban apa saja...... cewwwaahh!!.. DIA suruh aku belajar sesungguh.. Kalau boleh belajar semua ilmu... sebab KEKASIH aku ni mmg cerdik + bijak + genius etc..... DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yg aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.

Malu la sebenarnya nak cakap ni... Ermmmmm......aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la... tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti kami akan bertemu. Sekarang menghitung hari la aku ni....tapi kecut perut gak!. Takut!. Maklum lah...tak pernah jumpa. Aku mesti prepare awal-awal daripada surat yang ada tu, aku tahu apa yg DIA suka, dan tak suka. Mesti la aku nak buat apa yang DIA suka, so that, DIA tambah-tambah sayang la kat aku kan..??..Tak per laa.... berkorban sekarang, sebab DIA dh janji, siapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yg aku sendiri tak pernah terfikir pun!.. Isssyyyy...... Rindu sangat dah ni..!!

"KEKASIH ku.....aku berjanji, aku akan pertahankan cinta suci ini....walau nyawa digalang gantikan, menggadaikan cinta teragung ini, tidak sama sekali... walaupun tak pernah berjumpa, aku tetap bahagia...... Itu lah KEKASIH ku..... ALLAH SWT..... Cinta Teragungku......"

~ryu watanabe~

Tiket Perjalanan Percuma

Nama sebenar : Hamba ALLAH
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet bumi

MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN

Tempoh berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah

SYARAT-SYARAT PERJALANAN

Di tuju kepada semua penumpang.

Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.

Sila perhatikan ketua anda semua (pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

BARANG YANG DIBENARKAN

1. 5 meter kain kafan
2. Kapas putih secukupnya
3. Muatan lain yang di benarkan :
amal soleh
sedekah jariah
anak solah yang mendoakan kedua ibubapanya
ilmu yang bermanfaat

Perhatian muatan lain yang di tegah adalah tanggunggjawab penumpang.
Barang siapa yang tidak mematuhi akan di seksa.

SAAT DAN WAKTU BERLEPAS

Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.

Diulang...

Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingatkan lagi. Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.

Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI:


“Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik janganlah pula mensyirikan ALLAH dengan sesuatu."


~ryu watanabe~

Tidur Cara Rasullullah dan Mengikut Perspektif Islam

Tidur juga menjadi sebahagian daripada aktiviti harian Rasulullah s.a.w. sebagai manusia biasa. Walaubagaimanapun, tidur Rasululullah s.a.w mempunyai cara dan tujuannya yang tersendiri. Ini kerana tidur Rasulullah s.a.w merupakan cara tidur yang terbaik dari segi kesihatan. Begitu juga, setiap waktu atau masa tidur baginda turut bermakna dari sudut kesihatan. Bahkan ilmu perubatan Baginda s.a.w. telah muncul lebih dahulu sebelum lahirnya ilmu kedoktoran yang berkembang seperti sekarang. Al-Imam Ibn al-Qayyim berkata, “Barangsiapa yang memerhatikan tidur dan bangun Baginda s.a.w., nescaya mereka akan mengetahui bahawa tidur Baginda tersebut tidur yang paling profesional dan paling bermanfaat untuk badan, organ, dan kekuatan.

Rasulullah juga mengakui bahawa tidur amat penting kepada manusia biasa. Ini kerana tidur merupakan salah satu sifat tabii semula jadi manusia. Ianya diperkukuhkan lagi di dalam hadith Nabi s.a.w di bawah yang berbunyi :

Maksudnya :
Anas bin Malik r.a berkata : Terdapat tiga orang lelaki telah datang mengunjungi rumah-rumah Nabi bertujuan bertanya tentang ibadah-ibadah Baginda. Apabila mereka diberitahu (tantang ibadah Nabi), Mereka mengira ibadah Nabi itu masih sedikit (mereka memandang sedikit apa yang dilakukan oleh Nabi) dan berkata : Apalah kita ini jika dibandingkan dengan Baginda, sedangkan Baginda diampuni oleh Allah segala dosa-dosanya baik yang telah lalu mahupun yang akan datang (maksum). Lantaran itu salah seorang daripada mereka berkata : Saya akan beribadah dan sembahyang sepanjang malam, seorang lagi yang lain berkata : Saya akan berpuasa sepanjang tahun, dan tidak berbuka, manakala yang ketiga pula berkata : Saya akan menjauhi wanita-wanita dan tidak akan berkahwin selama-lamanya. Tidak berapa lama selepas itu tiba-tiba Baginda muncul lalu bersabda : Kamu semuakah yang berkata begitu dan begini tadi? Sesungguhnya akulah dari kalangan kamu yang lebih takutkan Allah dan lebih bertaqwa kepadanya, Namun aku berpuasa dan aku berbuka. Aku sembahyang dan aku juga tidur, aku juga berkahwin dan mendekati isteri-isteriku. Barang sesiapa tidak mahu mengikut sunnahku, ia bukan dari kalanganku.

Hadith di atas bukanlah dalil yang mengharamkan keghairahan seseorang untuk melakukan ibadat kepada Allah. Serta tidak menjadi halangan seseorang itu hendak berlebih-lebihan dalam melakukan ibadat kepada Allah dengan tujuan untuk mendapat keredaan daripada Allah. Sebaliknya, hadith di atas melarang seseorang untuk melakukan ibadat yang terkeluar dari fitrah manusia, dengan menzalimi kehendak diri sendiri sebagai seorang manusia biasa. Sebagai contoh, Nabi telah melarang tiga pemuda tersebut yang mahu menghabiskan masa untuk beribadat kepada Allah, sehingga ada yang akan beribadah dan sembahyang sepanjang malam (tanpa tidur), akan berpuasa sepanjang tahun serta tidak berbuka, dan akan menjauhi wanita-wanita dan tidak akan berkahwin selama-lamanya.

Sebenarnya tidur juga boleh dijadikan satu amalan beribadat kepada Allah s.w.t. bersesuaian dengan nasihat Nabi s.a.w kepada Fatimah. Satu peristiwa anak Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda s.a.w. Sebaliknya, Baginda s.a.w. mengajarkan Fatimah cara yang lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian kepada Allah (Subhanallah sebanyak 33 kali) dengan diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar.

Seseorang juga boleh mengamalkan zikir tersebut sambil memohon kebaikan serta kesejahteraan daripada Allah s.w.t., atau dengan cara lain ialah membaca surah yang digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Qul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan.

Ciri-Ciri Tidur Nabi s.a.w. dan Perkaitannya Dengan Sains

Posisi tidur Nabi s.a.w adalah dalam keadaan mengiring ke sebelah kanan. Kemudian baginda s.a.w. akan berpaling tertumpu sedikit pada sisi kiri, supaya dengan posisi tersebut proses pencernaan akan lebih cepat berlaku disebabkan oleh kecondongan lambung badan di atas hati. Kemudian baginda akan kembali tidur tertumpu pada sisi kanan seperti mula-mula tadi, agar makanan dapat segera larut dari lambung tersebut, jadi posisi permulaan dan posisi terakhir tidur bertumpu pada sisi kanan. Selain bermanfaat bagi pencernaan, terdapat juga tiga manfaat lain yang dapat diambil dari posisi tidur mengiring ke sebelah kanan, iaitu : Tidur dalam keadaan mengiring dapat membantu perlancaran perjalanan nafas ketika tidur, ini kerana ianya dapat mencegah lidah jatuh ke belakang yang dapat menyumbat perjalanan nafas. Sebaliknya, jika tidur dalam keadaan posisi terlentang, ianya akan mengakibatkan relaksasi lidah ketika tidur dan akan mengakibatkan perjalanan nafas terhalang, serta akan menonjolkan suara ke luar yang dinamakan berdengkur.

Orang yang berdengkur akan mengakibatkan tubuh badan kekurangan oksigen. Malah kadang-kadang nafas boleh terhenti untuk beberapa detik yang akan mengakibatkan orang yang tidur dengan posisi tersebut terbangun dari tidur. Orang tersebut biasanya akan selalu terjaga dari tidur kerana kekurangnya oksigen sampai ke otak, dan tentunya ianya akan mengganggu proses tidur seseorang. Seterusnya, tidur secara mengiring ke sebelah kanan akan membuat jantung kita tidak menimpa ke atas organ lain, ini kerana posisi jantung berada lebih ke sebelah kiri dada. Sebaliknya jika tidur yang tertumpu pada sisi kiri akan menyebabkan curahan jantung yang berlebihan kerana darah yang masuk ke atrium lebih banyak.. Ini kerana, paru-paru kanan berada di atas sedangkan paru-paru kanan mampu menerima kemasukan darah yang lebih banyak dari paru-paru kiri.

Bagi sudut kesihatan pula, paru-paru kiri lebih kecil dibandingkan dengan paru-paru kanan. Jika tidur mengiring ke sebelah kanan, jantung akan jatuh ke sebelah kanan, cara ini tidak akan mendatangkan masalah kerana paru-paru kanan lebih besar. Lain halnya pula kalau tidur yang tertumpu kepada sebelah kiri, jantung akan menekan paru kiri yang berukuran kecil, secara tidak lansung ianya akan mendatangkan masalah dari segi kesihatan.

Selain posisi tidur yang mengiring ke kanan, Baginda s.a.w juga meluruskan punggungnya pada saat tidur, manfaatnya adalah supaya organ-organ dalam badan tidak tegang dan tertekan, serta posisi tersebut juga melancarkan peredaran darah.

Selain itu, Baginda s.a.w juga akan membengkok sedikit kaki ketika tidur.Keadaan tersebut seperti yang dilakukan oleh doktor sekarang, dimana ianya akan meminta pesakitnya membengkokan kaki semasa doktor tersebut mahu memeriksa perut pesakit. Fungsi tersebut adalah untuk mengendurkan otot-otot perut sehingga lebih mudah untuk diperiksa. Oleh itu dengan membengkok kaki sedikit pada saat tidur ianya akan menolong organ-organ dan otot-otot perut untuk berehat lebih sempurna, sehingga tidur kita akan lebih nyaman dan selesa.
Selain dari keadaan seperti di atas, Baginda Rasulullah s.a.w juga menggunakan telapak tangan sebagai bantal. Kita tentu sering mendengar bahawa posisi leher sangat mempengaruhi kualiti tidur. Kerana leher yang tidak lurus pada saat tidur akan menyebabkan sakit leher pada ketika bangun. Dan biasanya kesakitan tersebut berlarutan beberapa lama sehingga mengganggu aktiviti seharian. Oleh itu kita dapat lihat Maha Suci Allah yang menciptakan tangan sedemikian rupa sehingga apabila kita melihat orang yang tidur dengan telapak tangan, maka tercipta satu garis lurus antara kepala, leher dan juga punggung.

~ryu watanabe~

Balik Kampung!!!!!

Tanggal 30 Oktober 2009, tamat la pjuangan aku dlm final exam sem 1 kt PASUM ni.. rsa gembira x trucap.. haha.. mind setting aku mmg dh lma aku antr pkai pos laju g umh.. haha.. pas ja exam, trus balik kk12, prepare solat jumaat.. Pastu, sblm g msjd, sggh kafe, lunch dlu.. hehe..


balik ja dr msjd, aku trus kmskn pkaian.. nk balik umh ktakn.. hehe.. pastu, tpt jam 3, aku g kk5, jmpa kak yana.. antr balik lptp yg dia pnjmkn.. thanx kak yana!! pas ja antr lptp, aku balik kk12 n lpk2 smbil on9 gna lptp sham, rummate aku..


pas on9, prut pn mla berkeroncong, aku trus je g kafe.. kdai pilihan ptg tu ialah NASI LEMAK LIZA KAFE.. sdp.. mkn nasi lemak aym.. haha.. pas ja mkn, aku balik bilik n men PES plak.. aku men ja smpai 6.45ptg.. pastu, g mndi n solat mgrb.. pas ja solat, trus aku mlangkah ke Stesen Universiti..


Smpai ja kt sna, nsb bek owg x ramai.. amik ja PUTRA LRT g msjd jamek sblm tkr nek STAR LRT g plaza rakyat.. smpai kt pudu jam 9 mlm, t bas kul 11.. huhu.. lmbt lg.. aku pn tggu dgn kebosanan..


Tepat jam 11, bas yg dinantikan smpai.. aku pn trus nek ja bas tu.. mklumla.. x sabo nk balik.. hehe.. pjlnn lbh krg 6 jam.. aku tidoq ja spnjg pjlnn.. sampai ja, angah n kak cik pn g amik kt shahb perdana.. akhirnya, aku pulang ke kedah semula!!! haha..


so, stdn PASUM yg x balik, jgn jeles ek.. haha


Final Exam...

Bermula 19 - 30 Oktober 2009, sluruh plajar PASUM 09/10 menghadapi final exam.. kali ni exam kt BP1, aras 1 bangunan peperiksaan UM.. bagi aku, cm biasa ar.. prepare apa yg patut.. tp yg sdeynya, aku mmg still xleh jwb dengan jayanya paper algebra & geometri, vector n basic chem 2..

tp, aku dh try wt yg tbaik.. skrang, cuma doa n tawakal je la.. spnjg exam, aku byk dpt e-mail kata2 smgt dr rabiatul.. dia mmg rajin antr bnda2 cmtu.. dia la jgk yg mndorong aku join usrah kt pasum ni..

tp, sedar x sedar, dh 2 mggu blalu.. exam pn dh abs.. nie bmkna, sem 1 pn dh abs.. huhu.. cpt btul msa bjln.. rsa cm bwu daftar je kt PASUM ni.. tp pape pn, aku juz ada 2 mggu cti sblm start sem 2.. n x dlupakan wt exam MUET pd 7hb November.. tpksa la aku kmbali ke UM stlh smgu cti.. nsb bek sehari je.. haha

k ar, mls nk tulis byk2.. wt sume stdnt PASUM,

"SELAMAT BERCUTI & JAGA KESELAMATAN ANDA"


Igtlah owg tsayang.. hehe..

~ryu watanabe~

UM raih Piala Penyelidikan Perdana

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM25 juta untuk membiayai 602 projek diusahakan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) menerusi Skim Geran Penyelidikan Asas tahun ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata 20 penyelidik IPTA dan tiga dari IPTS menerimanya untuk tahun ini.

Sejumlah RM23,630,430 diberikan kepada IPTA bagi menjayakan 411 projek manakala IPTS menerima peruntukan RM1,417,500 untuk melaksanakan 191 projek, katanya sebelum menyampaikan anugerah kepada pemenang ciptaan pada Persidangan dan Ekspo Antarabangsa Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi (PECIPTA 2009) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini semalam.


Sementara itu, Universiti Malaya (UM) diumumkan penerima Piala Penyelidikan Perdana apabila berjaya menggondol empat pingat emas, 14 pingat perak dan 10 pingat gangsa dalam PECIPTA 2009.

Sumber: www.bharian.com.my

KENAPA??!!


Assalamualaikum.. Alkisah kli ni nk cte psl sehari sebelum midsem aritu.. Dr pagi smpai ptg, aku kosentret kimia je.. tetiba petang tu, ada ar msj dr sowg mmber bdk grup aku, "ptg nie ada study group E2 kt kafe pas asar".. aku pn tny, nk stdy apa.. dia reply, computer science.. aku pn jwb ar ok..

Aku pn bergegas p mndi sbb wktu Asar dh nk msuk.. pas mndi, aku pn solat.. abs je solat, aku msj ar Rock, mmbr baik aku dlm grup E2, merangkap ass. clas rep, ajk trun skali.. tetiba dia jwb xtau pn ada stdy grup tu.. x de sape inform kt dia.. aku dh pelik.. so, aku pn amik kputusan stdy je kt bilik.. ptg tu time trun bli mknn buka posa, aku tgk ada ar yg trun, tp x rmai pn.. aku mls nk g tgur, so aku pn wt x nmpk ja..

mlm tu pas je slt trawih, aku jmpa Rock.. dia gtaw aku yg mmg dia x tau lgsg psl stdy grup tu.. mmg tersangat la pelik apabila seorang ass. clas rep x tau prancangan grup.. bkn xtau, tp X DIBERITAHU.. aku kesian gak ngan bdk Rock nie.. stkt aku knl dia, dia x pnh wt mslh lg.. cma cra dia yg happy go lucky tu ja yg slalu bising & meriahkn klas yg sdia ada bosan.. aku sndri dpt rsakn, klu dia xdak, klas aku mmg bosan gler..

so, pesanan nie aku tujukan wt Rock @ Annal Sabri.. wlupn maybe ada owg x ska ko, nk pinggirkn ko, aku tetap ada ngan ko.. pasni, klu prlu, kita letak je jwtn dlm grup tu klu dh ada owg yg x ska.. aku pn lg ska tnpa jwtn, xde tggungjwb berat, x yah fikir mslh owg len.. so pasni, aku rsa better kita diam ja.. aku pn mls nk gaduh2, especially bln posa ni.. Rock, moga bjaya dlm midsem exam.. aku sntiasa doakan kjyaan kita bsama..

~ryu watanabe~

AKU RINDU KAMU SEMUA!!!!


Huh.. pnt btoi aku stdy arni.. rsa cm nk tdoq, dh ar ujan.. mmg sjuk gler.. aku pn mrebahkan dri ke atas tilamku yg x la empuk sgt.. hehe.. pastu, aku pn tmenung kjp.. tringat kmbali zaman sekolah yg mmg best.. wt sume wrga Supermassive XII, aku rndu msa kita bsama.. byk kenangan kt SAINA.. ada yg best.. ada yg hampeh.. tp kita sume msh bsatu wlupn rmai yg x ska kita..

wt teacher azizah, trima kasih atas sgala pengorbanan anda.. yg pstinya, anda tidak akan sy lupakan.. dh lma x dgr cte psl tcer.. cmne tice skrang?? cht ke?? hrp2 begitu ar.. wt rkn2 yg dpt g oversea, moga kalian bjaya di sna.. jgn lpa mmbr yg bljq kt cni tau.. hehe.. wt sume cikgu, jasa kalian tidak sy lupakan.. especially yg ngajar sy.. klu nk senarai, mmg ramai.. pstu, wt warga 5 Kaizen, korang mmg BEST n SPORTING...

aku harap, 1 hari nnt kita dpt bkumpul smula.. byk kenangan yg x mungkin dpt dilupakan..
Lastly, wt sume warga Supermassive XII,

"SELAMAT BERPUASA & SEMOGA BERJAYA DALAM APA JUA BIDANG YANG DICEBURI"

~ryu watanabe~

Bazar Ramadhan @Stesen Universiti

Assalamualaikum wt sume.. arni nk cte ckt pasal pengalaman 1st aku p bazar Ramadhan kt Stesen Universiti.. actually, x plan pn nk p.. tp disebabkan byk plak kdai yg tutup (tmasuk kdai fevret aku), Ikhwan pn ajk aku p bazar.. aku pn follow je ar..

Pjalanan ke sana lbh krg 10-15 min je dr Kolej 12.. owg mmg rmai.. aku dh ar x pnh lg mai tmpt nie wlupn dh smggu lbh posa.. hehe.. Ikhwan pn jd pmndu plancong x rasmi aku.. hehe.. thanx a lot dude.. pastu kmi pn memulakan sesi rondaan sekitar bazar tu.. Ikhwan mmg dh aim nk p bli nasi lemak.. dia kata kt ctu sdp.. aku igt nk bli bnda sma ja, tp tgk2 lauk telur goreng plak.. tetiba aku tringat pesanan nurse kt klinik kesihakan KK12.. huhu, x leh mkn telur.. pastu kmi pn mneruskan pjlanan.. akhirnya, aku amik kputusan bli ja nasi ayam kt ctu.. hehe.. dh dpt nasi, kmi p round cri air plak.. tetiba aku tnampak "CENDOL".. huhu.. dh lma x mkn ni.. aku pn p ar bli.. harga RM2, tp bungkusan dia besar btol.. mmg puas ati.. pas bli cndol, tgk jam dh dkt 6.45 ptg.. kmi pn amik kputusan nk balik ja.. tetiba nmpk plak grai burger.. hehe.. sggh jap, 1 utk ikhwan, 1 utk aku.. kmi pn pulang dgn ati yg gumbira.. hehe..

odw balik, ada gak tserempak ngan bdk2 PASUM yg len.. rmai gak ar yg kuaq.. siap ada yg berpasangan lg.. kmi pn mpecepatkan langkah, lgpn wktu bbuka dh dkt.. hmm, tlupa plak pasal mmbr baik aku.. aku bkn x ajk dia, tp aku agk berkecil ati.. slalu ja p bli mknn x ajk aku.. aku pn rsa mls nk ajk dia.. lntk ar kt hg.. tp at least aku msh ada smgt setiakwn.. aku msh kjutkan dia utk sahur.. hehe..

k ar, rsanya ckup wt msa ni.. cau cen dol.. hehe

Midsem Exam is around da corner..


Assalamualaikum w.b.t wt sume yg mmbaca.. arni aku mmg ngah bengong.. byk sgt stdy kot.. almaklumlah, mggu dpn dh nk start midsem exam.. so, wt sume plajar PASUM, ready for our 1st battle.. hehe.. wlupun bln posa, aku yakin smgt pljr PASUM ni tetap berkobar-kobar..

klu kita tgk sejarah Islam pn, pd 17 Ramadhan berlaku Perang Badar.. kita cuma nk perang atas krusi, perah otak, pilih jwpn yg btoi ja.. Rasulullah n para sahabat time tu g berperang dengan pedang, naik kuda.. lagi penat kn?? lg 1, aku nk pesan kt mmber yg x p trawih sbb nk study, kita kna igt, Ramadhan ni setahun skali ja.. bak kata Prof Sahar (pengetua Kolej 12), exam kt dunia ni sume mudah ja.. kita dh tau apa yg nk msuk.. ada silibus yg kna ikut.. tp, exam yg plg besaq ialah nk btemu Allah, pncipta kita.. wlupun kita stdy smpai x tidoq, klu Allah x izinkn, tetap x leh jwb.. so, wlupun bz stdy, kita kna igt kt Allah jgk..

bagi aku, trawih tu msti p, wlupun bz stdy.. bla lg kita nk rebut pluang yg mai sthn skali ni.. kita pn xtau sma ada dpt btemu lg Ramadhan tahun dpn.. so, stdy ar krana Allah, bkn skdr nak dpt pointer 4.0 ja..
Lastly, wt sume pljar PASUM,

"SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER"
~Moga kejayaan milik kita semua~

~ryu watanabe~

Ramadhan Datang Lagi...


"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
Agar dapat kulalui dengan sempurna.."

Alhamdulillah, sedar x sedar, dh sminggu kita berpuasa.. Bagi aku, nie ar 1st time posa jauh dr fmly, wlupun 5 thn aku bljr kt SAINA tu.. Posa kt cni best ar jgk.. Wlupun x semeriah kt SAINA dlu, tp ok ar.. Wktu sahur, my lovely mum yg akn call kjutkan.. klu x, ntah ar.. hehe.. pastu aku g kjutkan mmber blik sblh plak.. then, call zariff n nonoi.. (kdg2 diorg yg kjutkn.. hehe)..

wktu dlm kuliah, kdg2 ngantuk ar jgk.. maybe effect dr ubt hypertension yg aku mkn kot.. kdg2 ok ja, especially klu aku dok sblh Rock n da gang.. Korang mmg cool beb.. dlm klas tutorial, mmg lgsg x ngantuk.. biasa ar, klu clas rep yg tdoq, abs ar sume owg kn.. hehe..

bla ptg, aku akn roger ngan ikhwan n zariff, ajk g bli juadah bbuka.. kdg2, diorg tgglkn aku.. tpksa p bli sowg2.. huhu, sdey tol.. sape ar aku pd diorg kn.. zariff lg ar, rmai btoi pmpn mlkt kt dia.. ilmu apa yg dia pkai pn aku x tau.. hehe.. tp at least, aku x pnh wt bnda x elok kt diorg..

mlm plak, p trawih kt Dewan Gemilang.. aku pnh jgk jd bilal kt sna.. 1st time mmg cuak.. tp bla dh biasa, ok ar.. mlm ketujuh, aku rsa x sdp badan.. so, aku p smayang kt surau kolej ja, dengan harapan leh balik awal.. tetiba, aku plak yg kna jd imam.. huhu.. xpe, pengalaman tu.. bkn sng nk dpt..

Alhamdulillah, skrang jasad aku ni dh dpt adapt ngan suasana puasa kt cni.. x de beza ngan tmpt len pn.. k ar, klu nk mnulis, mmg pnjg lg.. tp bla dok tringat midsem exam mggu dpn, better aku g smbg stdy ja.. Lastly,

"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SELURUH MUSLIMIN & MUSLIMAT"
~Moga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun lepas, Insyaallah~

~ryu watanabe~

Penggunaan ubat, peralatan ketika puasa


BAGI pesakit yang menggunakan ubat dan alat perubatan ke atas anggota badan yang berongga seperti mulut, lubang hidung, telinga, dubur dan faraj, huraian masalah berkaitan adalah seperti berikut:

Perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang tidak membatalkan puasa ialah:

  1. Menggunakan ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga);
  2. Pil tablet nitroglycerin (GTN) atau ubat yang menyamainya yang diambil secara meletakkannya di bawah lidah tanpa ditelan bagi merawat kesakitan dada (angina pectoris) bagi pesakit jantung;
  3. Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan, pembersihan gigi atau memberus gigi dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan ketika prosedur rawatan itu;
  4. Semua bentuk suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi atau salur darah;
  5. Pendermaan atau pemindahan darah;
  6. Penggunaan ubat-ubatan dalam bentuk sapuan, balutan dan plaster pada permukaan kulit;
  7. Pengambilan sampel darah untuk ujian makmal;
  8. Memasukkan tiub kecil (catheter) melalui salur darah untuk tujuan pemeriksaan seperti prosedur angiogram untuk pemeriksaan jantung;
  9. Pemeriksaan laparoscop, iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian dalaman pesakit;
  10. Berkumur-kumur termasuk berkumur-kumur secara gargle (sehingga air hampir ke tekak), dan ubat teraputik semburan ke mulut yang tidak membabitkan proses menelan;
  11. Menjalani biopsy iaitu pengambilan spesimen atau cebisan yang diambil daripada hati atau organ lain untuk tujuan analisis makmal;
  12. Penggunaan ubat semburan (spray) hidung tanpa disedut;
  13. Rawatan dialisis untuk masalah pesakit buah pinggang sama ada hemodialisis atau peritonealdialisis;
  14. Menjalani rawatan bius setempat atau separuh (local) dengan semburan atau suntikan setempat; dan
  15. Penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa membabitkan kawasan rongga yang dalam.


Perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang membatalkan puasa:

  1. Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lelah (athma) atau penyakit paru-paru kronik;
  2. Memasukkan sebarang tiub kecil (pessary) atau ubat ke dalam faraj (vaginal suppository) termasuk prosedur cucian (wash), pemeriksaan dalaman vaginal (vaginoscope), atau pegawai perubatan memasukkan jari untuk melakukan pemeriksaan dalaman vagina wanita.
  3. Memasukkan sebarang tiub catheter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing (uretroscope), barium atau ubat pencuci yang dimasukkan sama ada ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita (contohnya memasukkan `urinary catheter’ untuk rawatan sumbatan salur kencing);
  4. Penggunaan alat seperti enema, tiub suppository, teropong protoscope atau jari pegawai perubatan yang dimasukkan ke dalam dubur atau rectum untuk pemeriksaan;
  5. Penggunaan teropong usus (endoscope) atau teropong perut (gasteroscope) untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman; dan
  6. Penggunaan bius menyeluruh yang membabitkan penggunaan gas.



Sumber: Buku Panduan Berpuasa Pesakit, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pemakanan Barat tidak sesuai untuk rakyat: Pakar


PETALING JAYA: Industri makanan dunia telah membangunkan produk pemakanan berasaskan kepada cara pemakanan orang Barat,

keadaan iklim dan gaya hidup yang tidak sesuai bagi rakyat Malaysia, menurut seorang pengamal terapi alternatif terkemuka.

Dr VM Palaniappan berkata, sebagai contoh, orang barat lebih mengesyorkan makanan yang diperkaya dengan vitamin D kepada semua pengeluar makanan bagi penduduk di kawasan tropika.


"Perkara ini boleh dianggap sebagai satu bahan sindiran kerana bagi penduduk kawasan tropika mendapat vitamin D daripada sinaran cahaya matahari sepanjang tahun.


"Orang Eropah dan ternakan mereka kurang memperoleh vitamin D kerana negara mereka kurang menerima cahaya matahari," katanya kepada Bernama hari ini.

Namun, katanya, pengeluar makanan tempatan tetap juga menghasilkan makanan yang diperkaya dengan vitamin D seperti di dalam roti, mentega, marjerin, glukos, bijirin jagung, susu tepung, minuman coklat dan lain-lain makanan.

Dr Palaniappan yang juga bekas Prof bersekutu Botani di Universiti Malaya berkata, orang Barat juga tetap mempertahankan kandungan vitamin dan mineral lain yang perlu ada tanpa membuat sebarang kajian yang terperinci terhadap makanan yang diambil oleh penduduk di negara beriklim tropika.


Menurutnya, makanan Asia secara semulajadinya adalah seimbang dan memenuhi keperluan asas penduduk di negara tropika namun ini dikatakan sebagai tidak mencukupi bagi orang Barat yang mendakwa keperluan mereka berbeza disebabkan saiz badan yang lebih besar.

Di negara tropika, katanya, penduduk tempatan mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan yang baik untuk keperluan kesihatan mereka tetapi orang Barat pula mengesyorkan buah-buahan seperti buah pear, epal dan limau.

Mengenai cara penyimpanan makanan, Dr Palaniappan berkata orang Asia mempunyai kaedah tradisional untuk memastikan makanan tidak rosak tidak seperti teknik orang Barat yang menggunakan kaedah pendinginan makanan yang boleh menjejaskan kesihatan.

Mengulas mengenai ubat-ubatan, beliau berkata kebanyakan daripada ubat yang dihasilkan untuk merawat pelbagai jenis penyakit adalah berdasarkan bentuk badan orang Eropah dan Amerika.

"Ubat-ubatan ini boleh menjadi racun jika terlebih dos kerana secara relatifnya badan orang Asia adalah kecil," katanya. - Bernama

Orang berpuasa dijanjikan kemenangan dunia, akhirat

"DAN berpuasa itu lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahui" (al-Baqarah:184). Ayat ini begitu ringkas, namun tidak sama ringkasnya pernyataan Allah ini dengan kata makhluk-Nya. Sesungguhnya puasa bukan membebankan, tetapi peluang untuk mengumpul pahala.

  • Puasa sebagai perisai.

    Dalam hadis, Nabi SAW menganjurkan kepada mereka yang berkeinginan berkahwin tetapi tidak mampu, supaya berpuasa. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Wahai pemuda! Sesiapa antara kamu yang berkemampuan kahwin, maka berkahwinlah. Ia lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa kerana ia dapat menjadi perisai baginya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
    Dalam hadis lain pula dinyatakan puasa menjadi perisai dan penghalang kepada api neraka. Daripada Abu Said al-Khudri berkata, Rasulullah bersabda maksudnya: "Tidaklah seseorang hamba yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, kecuali Allah menjauhkannya dengan puasa itu daripada api neraka sejarak 70 tahun perjalanan" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim).



  • Puasa dapat masukkan seseorang ke syurga.

    Daripada Abu Umamah ra berkata: "Aku pernah bertanya, wahai Rasulullah, tunjukkan amalan yang aku dapat masuk syurga dengannya. Nabi SAW menjawab, hendaklah engkau berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya". (Riwayat al-Nasai, Ibn Hibban dan al-Hakim)
  • Pahala tiada had.

  • Dua kegembiraan.

  • Bau mulut lebih harum daripada kasturi di sisi Allah .

    Ketiga-tiga kelebihan ini dinyatakan Rasulullah dalam hadis bermaksud Daripada Abu Hurairah berkata: "Bersabda Rasulullah, Allah berfirman maksudnya: "Setiap amalan anak Adam itu baginya (pahala yang ada had), kecuali puasa kerana sesungguhnya puasa itu untuk-Ku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya dan puasa itu perisai dan apabila seseorang berpuasa, janganlah ia mengeluarkan kata lucah dan tidak juga bercakap kasar. Jika ada orang lain mengejinya atau ingin berkelahi dengannya, katakanlah, sesungguhnya aku berpuasa. Demi Tuhan yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada haruman kasturi. Untuk orang yang berpuasa itu dua kegembiraan: ketika dia berbuka, satu kegembiraan baginya, dan tatkala dia bertemu dengan Tuhannya, dia akan gembira dengan ibadah puasanya" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    Orang berpuasa menikmati dua kegembiraan iaitu dunia (menikmati juadah) dan akhirat (bertemu Allah di akhirat).

    Disediakan al-Rayyan iaitu pintu syurga yang dikhaskan untuk orang berpuasa.

  • Fadhilat Solat Terawih

    Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :


    Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
    Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

    Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

    Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

    Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

    Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

    Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

    Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

    Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

    Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

    Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

    Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

    Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

    Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

    Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

    Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

    Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

    Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

    Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

    Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

    Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

    Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

    Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

    Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

    Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

    Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

    Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

    Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

    Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

    Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
    "Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

    Sambutan Hari Merdeka di Parlimen


    KUALA LUMPUR: Lokasi bagi sambutan Hari Merdeka ke-52 yang sebelum ini dijadual diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, akan ditukar, berikutan penularan wabak Influenza A (H1N1) yang semakin meningkat selain bagi menghormati Ramadan.

    Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata upacara sambutan itu mungkin diadakan di tempat lebih kecil iaitu di pekarangan Parlimen.

    "Kita mempunyai dua pilihan iaitu sama ada di pekarangan Parlimen atau di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad. Parlimen adalah pilihan pertama kita memandangkan kawasan itu tidak pernah diadakan majlis seumpama ini.


    "Tetapi, jika ada halangan, mungkin kita pilih di pekarangan Bangunan Sultan Abdul Samad," katanya pada majlis pelancaran program MenjalurGemilangkan Kuala Lumpur 2009 di sini, semalam.


    Rais berkata, kementeriannya sudah membentangkan perkara itu kepada jemaah menteri serta mendapat nasihat Kementerian Kesihatan bagi mengelakkan perhimpunan secara besar-besaran diadakan.

    "Kita memikirkan suasana bulan puasa dan ibu bapa yang risaukan pembabitan anak mereka dalam perhimpunan besar-besaran lantaran H1N1 dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga berkata perhimpunan besar akan memudahkan jangkitan virus itu," katanya.

    Beliau berkata, walaupun sambutan kemerdekaan kali ini diadakan sederhana dan di tempat lebih kecil dan padat, implikasi serta slogan 1Malaysia yang menjadi tema kali ini tetap disemarakkan. - Bernama

    Umat perlu didedah sistem takwim tetapkan anak bulan


    Pemahaman kaedah saintifik kelendar hijriah elak kekeliruan

    HARI ini bersamaan 29 Syaaban 1430 Hijrah, pihak berkuasa di kebanyakan negara Islam sibuk membuat persiapan bagi menentukan tarikh 1 Ramadan, bermula waktu melaksanakan ibadat puasa yang menjadi Rukun Islam ketiga.

    Balai Cerap Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) ialah satu daripada empat tempat di Terengganu yang menjadi tumpuan melihat anak bulan (hilal) bagi menentukan 1 Ramadan.

    Tiga tempat lain ialah Bukit Kemuning di Kemaman, Bukit Besar di Kuala Terengganu dan Pulau Perhentian untuk daerah Besut. Rukyah hilal Ramadan dibuat pada petang ini di 28 lokasi ditetapkan bagi melihat anak bulan Ramadan dan Syawal di seluruh negara.

    Pegawai Sains Unit Falak UDM, Syahril Hirman Azmee, berkata ahli jawatankuasa melihat anak bulan Ramadan bagi Balai Cerap Kusza berkumpul jam 5.30 petang ini untuk memulakan tugas yang dijangka selesai menjelang Maghrib.

    Katanya, berdasarkan data ijtimak awal untuk Ramadan, pemisahan bulan lama dan baru bermula jam 6.02 minit petang 29 Syaaban dengan bulan dijangka terbenam jam 7.15 petang dan matahari pada 7.19 petang.

    "Dapat dijangkakan hilal (anak bulan) tidak kelihatan dan Syaaban digenapkan kepada 30 hari dan awal Ramadan bermula lusa (esok). Umur bulan pula boleh dikira daripada masa pemisah hingga matahari terbenam," katanya, semalam.

    Beliau yang sudah terbabit dalam jawatankuasa melihat anak bulan sejak 2004 berkata, pemisahan bulan lama dan baru ketika matahari terbenam petang ini membolehkan umur hilal diketahui iaitu 1.22 jam.

    Syahril Hirman berkata, dalam konteks menentukan tarikh 1 Ramadan, Malaysia menggunakan ketetapan rukyah dan hisab iaitu kaedah yang berkait rapat melalui proses melihat bulan dan perkiraan yang dijadikan fatwa.

    Katanya, rukyah dan hisab bukan dua kaedah berbeza seperti difahami masyarakat sebaliknya ia adalah proses diguna pakai menentukan tarikh awal puasa dengan memenuhi syarat tertentu seperti faktor anak bulan kelihatan sebelum justifikasi dibuat.

    "Ada beranggapan tidak perlu melihat hilal kerana takwim sudah menetapkan bila awal Ramadan seperti tahun ini jatuh pada 22 Ogos iaitu Sabtu. Hakikatnya, rukyah tetap dilaksanakan untuk melihat sendiri atau bagi memenuhi syarat sebelum pengumuman rasmi dibuat," katanya.

    Menurut rencana Rukyah Menurut Astronomi Takwim di laman web Unit Falak UDM, www.falak.udm.edu.my, tidak dinafikan ada berpendapat cara penentuan awal puasa dan hari raya di Malaysia sudah ketinggalan zaman.

    Mengikut sejarah, amalan penentuan awal bulan di Malaysia, khususnya Ramadan dan Syawal sering berubah dari segi kaedah tetapi sejak 1982, dasar rukyah dan hisab digunakan. Sebenarnya amalan merukyah turut mengalami perubahan, sesuai perkembangan teknologi dalam bidang astronomi.

    Kini, semua tempat melihat anak bulan di Malaysia dilengkapi peralatan teodolit dan ahli rukyah dibekalkan data yang mengandungi jadual pergerakan bulan serta matahari pada hari rukyah.

    Kemudahan itu dianggap memadai untuk merukyah anak bulan. Kedudukan anak bulan ditentukan setiap minit dan ahli rukyah bukan saja dipertanggungjawabkan melihat anak bulan tetapi juga meneliti bentuk bulan jika kelihatan.

    Amalan rukyah di Malaysia juga tidak semata-mata melihat anak bulan secara fizikal atau dengan bantuan teropong, tetapi juga meliputi kepada melihat jisim anak bulan. Ahli astronomi dapat menghisab kedudukan anak bulan dan waktu berlaku ijtimak dengan tepat, tetapi belum dapat menentukan bilakah anak bulan boleh kelihatan.

    Anak bulan tidak boleh terus kelihatan selepas berlaku ijtimak, tetapi memerlukan masa untuk membolehkan cahaya anak bulan itu dikesan mata manusia. Ini cabaran terbesar ahli astronomi Islam iaitu untuk mengemukakan tempoh di antara waktu ijtimak kepada waktu ia kelihatan buat kali pertama.

    Ia tidak perlu mengambil kira faktor cuaca tempatan, tetapi sekadar membuat hubungan relatif kemampuan cahaya bulan mempamerkan cahayanya dalam keadaan biasa. Jika masalah itu dapat diselesaikan dan satu keputusan dibuat di kalangan ahli astronomi, ahli takwim boleh menggunakan tempoh itu sebagai asas takwim.

    Masa depan penggunaan takwim berdasarkan anak bulan bergantung sepenuhnya kepada persefahaman negara Islam dan penerimaan mereka mengenai kaedah saintifik takwim hijriah.

    Polemik dan kekeliruan masyarakat terhadap penetapan sesuatu tarikh boleh diatasi dengan mendidik mereka mengenai sistem takwim Islam, amalan merukyah dan ilmu falak itu sendiri.


    Sumber: www.bharian.com.my

    ? ...Tiada lagi SYAITAN... ? KENAPA?!


    Dekat2 dgn bulan puasa ni lbh baik korang berhati2, kerana syaitan mungkin akn mengganas dgn menghasut umat manusia supaya lbh jahat drp biasa. Almaklumlah, time bulan puasa nnt diorang dh kena kurung. So, sblm kena kurung nilah diorang bermaharajalela gila2... Bagi yg lemah iman tu, up-kan lah iman korang. Buat latihan utk hadapi puasa drp skrng, adlh lbh baik cuba brlatih kawal mata, mulut, hidung, mahupun telinga. Biasalah, kalau bagi yg lelaki kena lebihkan latihan kawal mata, yg perempuan pulak lebihkan latihan kawal mulut. Faham-faham ajelah...
    Hm hm hmm. . .
    Bila dh tiba bulan puasa, semua tu tak jd masalah lg dh pd kita yg bergelar umat islam ni. Kita bukannya manusia yg maksum, kalau2 ada dosa yg kita trlepas pandang dan kita terlakukannya, cepat2 la bawak mohon ampun & maaf pd orang yg kita bt salah tu. Kalau bersalah pd Allah, cepat bertaubat... Doa & taubat manusia pd bulan puasa ni mmg mudah diperkenankan olh Allah. Sbb tu bulan puasa ramai yg berlumba-lumba utk collect pahala. Tambah2 lagi utk dptkan Lailatulqadar. Hm hm hmm. . . Syaitan tak ada, mudah la manusia yg buat amal kebajikan.. Arghhh! tp aku rasa tak semudah itu, masih ada lg nafsu iaitu kawan syaitan. Dan ramai jgk manusia yg sudah terlatih oleh syaitan utk kekal dgn sifat & sikap jahat. Apabila sifat & sikap jahat sudah sebati, maka nafsu cuma menjadi nilai tambah utk seseorang itu terdorong melakukan ketidakbaikan. Huh! inilah masalahnya, nafsu dan manusia mmg tdk blh dipisahkan. Tp, bagi yang kuat iman, mereka tiada masalah utk mengawal nafsu ini. Mereka akn mmpu menguasai nafsu, bukannya nafsu mengusai mereka. Itulah kelebihan orang yg tinggi iman. Kita?! Bagaimana pula dgn anda yg mmbaca blog ini? Adakah nafsu menguasai anda, atau anda yg menguasai nafsu? Cubalah nilai diri anda sebaik mungkin sebelum mnjalani ibadah puasa yg bakal menjelang tiba ni. . .
    Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Moga amalan kita diterima Allah SWT . . . .
    Sekian

    AZAB ALLAH SUDAH TIBA ?


    Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa suatu ketika Rasulullah SAW mendatangi sejumlah sahabat di kalangan muhajirin, kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Wahai kaum muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (jika perkara-perkara itu sudah dikerjakan), maka tidak ada lagi kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung kepada Allah SWT, smoga kamu tidak menemui zaman itu. Perkara-perkara itu ialah:

    1. Tidak tampak perzinaan pada sesuatu kaum sehingga mereka berani terus-terang melakukannya, melainkan akan berjangkit wabak penyakit yang menular (tha'un) dan mereka ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat terdahulu.

    2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan/ukuran dan timbangan (curang dalam perdangangan), kecuali mereka akan diuji dengan kemarau penjang dan kesulitan mencari rezeki, dan kezaliman dari kalangan pemimpin mereka.

    3. Dan tidak menahan mereka dari zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada binatang tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah SWT.

    4. Dan tiada mereka menyalahi akan janji Allah dan RasulNya kecuali Allah akan menurunkan ke atas mereka, musuh yang akan merampas sebahagian dari apa yang ada di tangan mereka.

    5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka Allah akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri
    Penerangan Hadis:
    Marilah kita merenung sejenak hadis di atas dan membuat hisab ke atas diri dan masyarakat kita. Saban hari kita membaca akhbar dan mendengar berita tentang kepincangan umat Islam akhir zaman. Justeru itu, benarlah apa yang disebut oleh Rasulullah SAW tentang umat akhir zaman.

    Hakikat yang perlu kita teliti ialah, adakah kita sekarang hidup dalam keredhaan dan keberkatan Allah atau sebaliknya? Melihat kepada perkara yang berlaku hari ini, sewajarnya kita bertanya kepada diri kita: Apakah sumbangan kita untuk Islam, Allah dan RasulNya? Bukan sekadar kita menyalahkan menyalahkan individu yang terlibat dalam maksiat dan tidak menghiraukan apa yang berlaku di sekitar kita dengan alasan "Bukan hal aku". Sekarang ialah masanya untuk kita memikirkan apakah tindakan kita selanjutnya. Mahukah kita melihat perkara ini berterusan. Atau kita tergolong dalam golongan yang ingin merebut pahala jihad di sisi Allah. Wallhu'alam.

    Riwayat: Ibnu Majah

    Abdullah bin Ahmad Badawi


    Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan Presiden UMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Anwar Ibrahim, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998. Pada tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr. Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

    Biodata peribadi

    Dilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Abdullah memulakan kerjayanya sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan memilih untuk belajar Pengajian Islam. Selepas menerima Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974.

    Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan empat cucu. Pada 20 Oktober 2005, Endon Mahmood meninggal dunia selepas bergelut dengan penyakit barah payu dara sejak 2003.

    Dalam tempoh kurang daripada 2 tahun menduda, beliau berkahwin dengan Jeanne Abdullah dan melangsungkan akad nikah pada 9 Jun 2007.

    Beliau dikatakan mementingkan menikmati makan malam bersama keluarga dan gemar makanan Jepun. Sebagai seseorang yang dibesarkan di Pulau Pinang, beliau amat gemar mencuba pelbagai jenis makanan.

    Setiap hari, selepas sembahyang Maghrib, beliau akan mengaji Al-Quran. Adalah menjadi kebiasaan beliau menulis nota dalam Jawi. Karangan Shakespeare kegemaran beliau ialah ‘Julius Caesar’. Selain dari keluarga sendiri, tokoh yang banyak mempengaruhinya, yang beliau anggap sebagai mentor ialah Tun Abdul Razak.

    Antara peristiwa dunia yang meninggalkan kesan yang mendalam pada diri beliau ialah peristiwa 9/11, yang telah mendorong beliau untuk memperjuangkan fahaman Islam yang sederhana. Beliau juga adalah pencetus Islam Hadhari.

    Beliau juga sangat berminat dengan kereta. Malangnya beliau tidak banyak berpeluang memandu kereta sendiri atas sebab-sebab keselamatan. Untuk menghilangkan lelah bekerja, beliau mungkin bermain golf, melakukan senaman yoga atau meluangkan masa bersama cucu-cucunya. Abdullah juga gemarkan pertunjukan muzikal – ‘My Fair Lady’ antara yang paling diminatinya – serta seniman klasik seperti Nat King Cole. Beliau juga mempunyai alat I-pod Nano. Beliau menghargai hasil seni Malaysia, dan merupakan seorang pengumpul seni ukiran kayu, serta anyaman rotan.

    Kerjaya dan politik

    Menyertai UMNO

    Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Pada tahun 1978, beliau meletakkan jawatan untuk menjadi ahli parlimen Kepala Batas di Seberang Perai Utara (kawasan parlimen yang pernah diwakili oleh allahyarham ayahandanya) sehingga kini. Sejak 1981, Abdullah adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003.

    Pada awal tempoh khidmat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu pertikaian yang pahit terletus dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kem. Kumpulan yang menyokong Dr Mahathir digelar 'Team A' manakala kumpulan yang menyokong bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam digelar 'Team B'. Kemenangan Mahathir menyebabkan Tengku Razaleigh Hamzah dihalang daripada menyertai UMNO (Baru) yang baru ditubuh. Oleh sebab Abdullah seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam, mentor politiknya, beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet.

    Abdullah dikembalikan jawatannya dalam kabinet pada 1991 dan diberikan jawatan Menteri Luar Negeri. Sehingga 1987, beliau pernah menjawat jawatan:

    • Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80)
    • Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81)
    • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84)
    • Menteri Pelajaran (1984-86)
    • Menteri Pertahanan (1986-87)
    • Menteri Luar Negeri (15 Mac 1991 - Januari 1999).

    Sebagai Timbalan Perdana Menteri

    Kerjaya politiknya kembali sempurna dengan perlantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri pada Januari 1999, selepas pemecatan Anwar Ibrahim. Sebagai Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri, Abdullah membatalkan pengharaman Kitab Iban.

    Seterusnya, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003. Selain itu, Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

    Sebagai Perdana Menteri

    Abdullah Badawi dengan George W. Bush

    Sejak menjadi perdana menteri, Abdullah telah berjanji mengetatkan kawalan rasuah dengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga membuat tuduhan rasuah ke atas beberapa tokoh masyarakat dari zaman Mahathir, satu tindakan yang dipuji oleh orang ramai.

    Abdullah juga mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam. Selain itu, pentadbirannya menumpukan pemulihan sektor pertanian Malaysia. Pada 10 September 2004, Abdullah, sebagai Menteri Kewangan, mengemukakan belanjawan sulungnya yang dianggap oleh orang ramai sebagai berorientasi pengukuhan dan penyelenggaraan berbanding dasar pertumbuhan yang ditekankan oleh Dr Mahathir.Abdullah juga terkenal kerana menekankan keselamatan dalam negeri, selepas menyaksikan pertumbuhan amalan rasuah seperti penyogokan dalam pasukan polis.

    Dikenali dalam lingkungan orang Melayu di Malaysia sebagai Pak Lah (singkatan untuk "Pak Cik Abdullah"), kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Abdullah harus tidak dirujuk dengan nama panggilannya dalam dokumen rasmi serta dalam surat khabar; bagaimanapun, nama panggilan tersebut masih boleh digunakan secara tidak rasmi. Sebenarnya, Abdullah sering menggunakan nama panggilan itu untuk merujuk kepada diri sendiri dalam perhimpunan awam. Sejak menjadi Perdana Menteri, Abdullah telah menjawat jawatan pengerusi untuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Bermula dari 2005, beliau juga menjadi pengerusi untuk ASEAN.

    Sebagai Presiden Barisan Nasional

    Apabila Tun Dr. Mahathir berundur dari arena politik, beliau telah menggantikan beliau sebagai pucuk pimpinan parti pemerintah, Barisan Nasional.

    Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang merupakan pilihan raya sulung Abdullah sejak menjadi Perdana Menteri, beliau mencapai kemenangan besar untuk Barisan Nasional, parti campurannya, dengan pencapaian 198 daripada 220 kerusi di Parlimen. Di Terengganu, partinya menewaskan PAS yang merupakan kerajaan negeri itu serta hampir-hampir menawan kubu PAS di Kelantan. Kemenangan ini dianggap secara meluas sebagai tanda berkenan kepada visi Islam yang sederhana berbanding fundamentalisme agama serta sokongan kepada dasar-dasar pencegah rasuahnya.Pada September 2004, sewaktu dilepaskan dari penjara, bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang telah dikurung oleh bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir, memuji Abdullah di khalayak ramai kerana tidak campur tangan sewaktu mahkamah mengubah keputusan tentang sabitan liwatnya.

    Selepas kecemerlangan besar dalam penggal pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia apabila menyapu banyak kerusi pada Pilihanraya Umum Malaysia 2004, beliau menerima tamparan dan ujian hebat apabila Barisan Nasional yang diketuainya pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan kuasa pemerintahan di 4 buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak kepada parti pembangkang serta sekali lagi gagal merampas balik kuasa di Kelantan dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008. Oleh ini, bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohammad berpendapat bahawa Abdullah harus mempertimbangkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah kegagalan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya tersebut.

    Melepaskan jawatan Perdana Menteri

    Abdullah tidak menawarkan diri untuk menjadi calon Presiden pada pemilihan Agung UMNO pada 2009. Ini kerana beliau ingin menyerahkan jawatan tersebut kepada pengganti beliau sebagai Presiden UMNO sekaligus sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6.

    Modal Insan sentiasa mendapat tempat di hati Tun Abdullah Ahmad Badawi sepanjang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Ini kerana beliau percaya modal insan merupakan aset terpenting untuk memacu negara ke hadapan. Selain itu pemahaman Islam Hadhari juga menyumbangkan kepada pembangunan modal insan ini. Itulah legasi Abdullah kepada Malaysia selepas mengundurkan diri sebagai pemimpin No. 1 negara. Oleh itu, beliau telah dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.

    Kontroversi

    Setelah gerakan untuk menuduh orang-orang kenamaan seperti Eric Chia dan Isa Abdul Samad dengan rasuah, usaha pentadbiran Abdullah untuk membanteras rasuah dikatakan menjadi kurang jelas. Masih dibahaskan sama ada Abdullah masih terus melawan rasuah secara diam-diam ataupun dia telah sengaja melambatkan usaha dalam menghapuskan rasuah.

    Walaupun Abdullah mengatakan bahawa dia mengalu-alukan pandangan atau kritikan yang membantu memperbaiki pentadbirannya, dia telah memberi amaran kepada Mukhriz Mahathir yang mengkritik dasar ekonominya pada Mesyuarat Agong UMNO 2006. Kerajaannya juga cuba mengawal sumber-sumber "bawah tanah" seperti laman web, forum dan blog, menganggap mereka yang menyebarkan maklumat secara maya sebagai "tidak punya kredibiliti". Di bawah Bill of Guarantee MSC, kebebasan Internet dijamin oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu sebarang usaha untuk menyekat kebebasan bersuara di Internet dilihat sebagai usaha sia-sia.

    Kebebasan media

    Abdullah juga sering dikritik oleh penulis blog Malaysia dan media luar negara kerana sentiasa mendiamkan diri dengan kritikan terhadapnya. Dia telah bersumpah untuk bertindak keras ke atas penunjuk-penunjuk perasaan yang pro-demokrasi dan memberi sokongannya kepada polis untuk menghapuskan pertunjukan perasaan dan menangkap peserta dalam pertunjukan perasaan. Ini telah diikuti oleh suatu siri larangan media berkenaan beberapa perhimpunan pro-demokrasi bersifat aman seperti Perhimpunan Bersih 2007 yang diadakan pada 10 November 2007. Media tempatan yang dikawal oleh kerajaan Malaysia tidak menyiarkan hal itu (dengan penuh) sedangkan ia telah diperihalkan oleh media luar negara seperti Al-Jazeera, Reuters, BBC dan CNN. Abdullah kemudian menyatakan bahawa dia pantang dicabar.

    Pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008

    Abdullah Badawi sekali lagi dikritik mengamalkan tabiat menipu oleh ahli-ahli politik pembangkang, setelah beliau mengumumkan pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008. Ini kerana beliau telah berjanji pada 12 Februari 2008 bahawa pembubaran Parlimen tidak akan berlaku pada hari keesokan.

    Walau bagaimanapun, ketika ditanya wartawan mengapa Parlimen dibubarkan pada 13 Februari sedangkan beliau pada hari sebelumnya menafikan akan membubarkan Parlimen, Abdullah Badawi mengatakan beliau tidak boleh memberi sebarang bayangan mengenai pembubaran parlimen.

    Fakta bercelaru tentang daya saing Malaysia

    Pada 28 Januari 2008, Abdullah Badawi mendakwa bahawa Malaysia di tangga kelapan dunia dalam konteks daya saing negara berdasarkan Laporan Daya Saing Dunia 2007 (World Competitiveness Yearbook 2007). Dakwaan itu hanya betul di kalangan kategori negara-negara yang mempunyai populasi 20 juta penduduk ke-atas, manakala keseluruhannya Malaysia hanya menduduki tempat ke-23 di dalam dunia.

    Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim mengatakan bahawa Abdullah Badawi sengaja memutarbelitkan hakikat dan keputusan Abdullah untuk mengeluarkan fakta yang bercelaru ini adalah usaha yang sangat lemah untuk menyembunyikan fakta bahawa asas-asas ekonomi Malaysia telah gagal bergerak di bawah pemerintahannya. Menurut Anwar, daya saing Malaysia semakin merosot dan dalam keadaan di mana ekonomi Malaysia dulunya setaraf dengan Singapura dan Hong Kong, Malaysia sekarang di kedudukan ke-23 di seluruh dunia, manakala Singapura di kedudukan kedua dan Hong Kong ketiga.

    Anwar berpendapat bahawa Malaysia memerlukan kepimpinan yang lebih berwibawa sekiranya Malaysia ingin memperkasakan ekonominya sebagai gagasan ekonomi bertaraf global.

    Usul undi tidak percaya

    Pada 14 Julai 2008, ketua pembangkang,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengetuai 14 Anggota Parlimen dari PKR, PAS dan DAP mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2) . Usul itu "Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak percaya terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri beliau dalam menjalankan urus tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan." Bagaimanapun usul itu ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat , Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan alasan peraturan 18(7).

    Anugerah

    Tahun Nama Anugerah Daripada
    2009 Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) - Tun Persekutuan
    2007 Bintang Republik Indonesia Adi Pradana Indonesia
    2005 Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin (S.U.M.Z.) Terengganu
    2004 Ijazah Doktor Persuratan (Honoris Causa) Universiti Jamia Millia Islamia, New Delhi, India
    2004 Pingat Jose Marti (Jose Marti Order) Cuba
    2004 Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M.) - Datuk Seri Utama Melaka
    2004 Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K.J.) Johor
    2003 Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P.) - Datuk Patinggi Sarawak
    2003 Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah (S.P.S.A.) - Dato' Seri Diraja Perak
    2001 Fellowship Kehormat Institute of Engineers Malaysia
    2001 Darjah Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamallulail (S.S.S.J.) - Dato' Seri Diraja Perlis
    2000 Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan (S.P.N.S.) - Datuk Seri Utama Negeri Sembilan
    2000 Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) - Dato' Seri Selangor
    1999 Fellowship Kehormat London Chartered Institute of Marketing
    1999 Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat DiMulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad (S.S.A.P.) - Dato' Seri Pahang
    1999 Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) - Datuk Seri Panglima Sabah
    1997 First Class Order Of Friendship Of DPRK Republik Rakyat Demokratik Korea (Korea Utara)
    1997 Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N.) - Datuk Seri Pulau Pinang
    1994 A Knight Grand Cross, First Class Of The Most Exalted Order Of The White Elephant Thailand
    1994 Grand Cross Of The Order Of Merit Chile
    1992 Dato' Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) - Dato' Selangor
    1992 Anuguerah "Qwang Hwa Chang" dari Republik Korea Republik Korea (Korea Selatan)
    1991 Grand Cordan Of The Order Of The Sacred Treasure Jepun
    1987 Kedoktoran Kehormat oleh Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat Amerika Syarikat
    1983 Diplomatic Service Merit, The Kwangha Medal oleh Presiden Republik Korea, Chun Doo Hwan Republik Korea (Korea Selatan)
    1981 Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (D.M.P.N.) - Datuk Pulau Pinang
    1979 Darjah Johan Negeri (D.J.N.) Pulau Pinang
    1974 Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) Persekutuan
    1971 Ahli Mangku Negara (A.M.N) Persekutuan

    Garis masa

    Sumber: www.wikipedia.org