RSS
Cinta yang disemadikan tak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi IMAN terselit di dada. .:Ryu Watanabe:.

Sambutan Hari Merdeka di Parlimen


KUALA LUMPUR: Lokasi bagi sambutan Hari Merdeka ke-52 yang sebelum ini dijadual diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, akan ditukar, berikutan penularan wabak Influenza A (H1N1) yang semakin meningkat selain bagi menghormati Ramadan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata upacara sambutan itu mungkin diadakan di tempat lebih kecil iaitu di pekarangan Parlimen.

"Kita mempunyai dua pilihan iaitu sama ada di pekarangan Parlimen atau di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad. Parlimen adalah pilihan pertama kita memandangkan kawasan itu tidak pernah diadakan majlis seumpama ini.


"Tetapi, jika ada halangan, mungkin kita pilih di pekarangan Bangunan Sultan Abdul Samad," katanya pada majlis pelancaran program MenjalurGemilangkan Kuala Lumpur 2009 di sini, semalam.


Rais berkata, kementeriannya sudah membentangkan perkara itu kepada jemaah menteri serta mendapat nasihat Kementerian Kesihatan bagi mengelakkan perhimpunan secara besar-besaran diadakan.

"Kita memikirkan suasana bulan puasa dan ibu bapa yang risaukan pembabitan anak mereka dalam perhimpunan besar-besaran lantaran H1N1 dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga berkata perhimpunan besar akan memudahkan jangkitan virus itu," katanya.

Beliau berkata, walaupun sambutan kemerdekaan kali ini diadakan sederhana dan di tempat lebih kecil dan padat, implikasi serta slogan 1Malaysia yang menjadi tema kali ini tetap disemarakkan. - Bernama

0 comments: