RSS
Cinta yang disemadikan tak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi IMAN terselit di dada. .:Ryu Watanabe:.

About Me...


Nama diberi Anas bin Azmi. Diputerakan pada 12 Ogos 1991 di Hospital Alor Star, Kedah. Merupakan anak kelima daripada 6 adik beradik. Mendapat pendidikan awal di Tadika Nur Ehsan, Kuala Kedah sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Kebangsaan Seri Pantai. Di sekolah ini, pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pengawas. Setelah berjaya mendapat keputusan 5A dalam UPSR, telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Kedah. Masih mengekalkan momentum kecemerlangan apabila mendapat 8A dalam PMR. Di SAINA juga, pernah dinobatkan sebagai Tokoh NILAM Sekolah sebelum merangkul Tempat Ketiga di Anugerah NILAM Negeri Kedah 2008. Kejayaan ini melayakkan saya bersama 10 orang rakan mewakili Negeri Kedah ke Kem Penulis Muda Kebangsaan 2008. Setelah mendapat result yang agak memuaskan dalam SPM, kini sedang mengikuti kursus Asasi Sains Fizikal di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM), Kuala Lumpur.

0 comments: