POKOK SENA: Polis menahan seorang pekerja am wanita sebuah sekolah berasrama penuh di sini berikutan penemuan mayat seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan dalam tangki mengepam air di tandas pelajar lelaki, pagi tadi.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan Mohd Fiesal Libertus Abdullah, berkata polis menerima laporan daripada pihak sekolah mengenai penemuan mayat bayi itu pada kira-kira jam 10 pagi.
Seorang daripada pekerja am sekolah itu dikatakan melaporkan penemuan mayat bayi itu tersekat dalam tangki mengepam air tandas pelajar lelaki di tingkat dua bangunan sekolah itu.
Katanya, mayat bayi tanpa sebarang pakaian itu sudah berbau dipercayai dilahirkan kira-kira dua hari lalu.
"Siasatan awal mendapati seorang pekerja am wanita berusia 40-an di sekolah ini pernah mengalami pendarahan ketika bertugas Selasa lalu dan dia dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk rawatan.
"Wanita itu sudah bersuami dan mempunyai lima orang anak," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Mohd Feisal Libertus berkata, polis akan mengambil keterangan beberapa orang saksi, termasuk suami wanita terbabit yang bekerja sebagai seorang penoreh getah bagi membantu siasatan.
Copy from : www.bharian.com.my
0 comments:
Catat Ulasan